nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Covid-19: 11 direman, 489 orang dikompaun

2 MEI: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 500 individu termasuk 489 individu dikompaun dan 11 lagi direman kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP)  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara kesalahan dilakukan mereka termasuklah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (215), aktiviti pusat hiburan (77), tiada penjarakan fizikal (55), tidak memakai pelitup muka (53) dan lain-lain (100).

Ismail Sabri berkata mereka ditahan hasil 62,791 pemeriksaan dilakukan Pasukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM, semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan SOP PKP.

“Seramai 3,254 Pasukan Pematuhan melibatkan 14,602 anggota telah membuat pemantauan di 4,533 pasar raya, restoran (4,859), kilang (1,719), bank (3,999), pejabat kerajaan (740) dan penjaja (4,125).

“Turut dipantau ialah pasar awam/tani (2,433), tempat ibadah (3,197), tempat riadah (1,521), terminal pengangkutan darat (1,633), terminal pengangkutan air (334) dan terminal pengangkutan udara (135).

“Semalam, 500 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 489 individu dikompaun manakala 11 lagi direman,” katanya dalam satu kenyataannya sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pihak berkuasa juga menahan  tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima kenderaan darat dalam Ops Benteng bagi menyekat kemasukan warga asing secara haram ke Malaysia di seluruh negara, semalam.

Beliau berkata pihak berkuasa juga mengesan 125 buah bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 12 aktiviti penglihatan.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri juga mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menamatkan PKP bagi Mukim Endau dan Triang, Mersing, Johor mulai esok dan PKP Diperketatkan (PKPD) SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan, mulai hari ini.

Ismail Sabri berkata penamatan PKP Mukim Endau dan Triang, Mersing, Johor mulai esok laporan penilaian dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati bilangan kes baharu COVID-19 di kawasan terbabit menunjukkan trend menurun.

“Sehingga kini KKM telah merekodkan tiga kes positif COVID-19 hasil daripada 202 keseluruhan ujian saringan di kedua-dua lokaliti tersebut. KKM juga mengesahkan trend kes telah menurun dengan kluster adalah terkawal.

“Semua kes positif telah diasingkan dan dimasukkan ke pusat kuarantin manakala kes terakhir telah direkodkan pada 25 April 2021 iaitu dua kes,” katanya.

Beliau berkata PKPD SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung, Tumpat, Kelantan yang dijadual berakhir pada 13 Mei 2021 pula ditamatkan lebih awal selepas KKM melaksanakan 329 ujian saringan, 181 daripadanya disahkan positif COVID-19.


Get real time updates directly on you device, subscribe now.