nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamid Bador bermula dan berakhir dengan kontroversi

Oleh Hafiz Hamzah

Tidak dapat dinafikan, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador merupakan antara ketua polis negara yang paling kontroversi berbanding bekas KPN yang lain.

Kontroversi itu sebenarnya bermula dari saat pelantikan semula beliau menjadi KPN ketika era pentadbiran Pakatan Harapan sebelum ini, di mana seseorang yang telah meletak jawatan dan berhenti dilantik semula.

Terbaharu, sekali lagi beliau menimbulkan ‘ribut’ di kalangan rakyat dan ahli politik sebelum meninggalkan pejabatnya di Bukit Aman, apabila Hamid mendakwa terdapatnya campur tangan politik dalam mengatur kenaikan pegawai-pegawai PDRM.

Sudah tentu, kenyataan itu biarpun setakat ini hanya sekadar tuduhan, tetapi sedikit sebanyak mencalar imej kerajaan Perikatan Nasional, apabila belau secara terbuka mendakwa Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Menteri KDN hari ini, cuba masuk campur dan mengatur kenaikan pegawai-pegawai dalam institusi kepolisian di negara ini.

Dakwaan yang disulami dengan nada negatif itu sudah tentu memberikan pelbagai andaian serta mencetuskan persepsi tidak baik di kalangan rakyat, bahkan dijadikan peluru untuk pihak pembangkang menghentam kerajaaan tanpa mengetahui fakta sebenar.

Kenyataan Hamid menuduh ahli politik cuba campur tangan di dalam urusan PDRM telah pun dibidas oleh bekas KPN terdahulu, Tan Sri Musa Hasan yang berkata, Hamid tidak sepatutnya menimbulkan isu tersebut kerana campur tangan menteri sememangnya ada dalam penukaran atau kenaikan pegawai di PDRM.

Kata Musa seperti yang dilaporkan portal PNBBC, tidak timbul soal campur tangan politik dalam pelantikan Ketua Polis Negara kerana Menteri Dalam Negeri selaku Pengerusi Suruhjaya Pasukan Polis (SPP) berhak menentukan siapa calon sesuai untuk jawatan nombor satu dalam polis berkenaan.

Kata Musa lagi, Hamzah selaku Menteri KDN hari ini, dan Pengerusi SPP, berhak campur tangan dalam pengurusan pasukan PDRM, termasuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai polis berpangkat inspektor ke atas yang melakukan salah laku kerana perkara berkenaan termaktub dalam undang-undang.

Berdasarkan penjelasan Musa, apakah Hamid selaku seorang pegawai PDRM yang berpengalaman, bahkan pernah memegang jawatan KPN, jawatan tertinggi di dalam PDRM tidak tahu menahu tentang perkara campur tangan itu?

Bukankah campur tangan Menteri KDN itu dibenarkan undang-undang namun mengapa Hamid sengaja menimbulkan isu ini, seolah-olah perbuatan itu dilakukan di sebalik kebenaran undang-undang sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat yang kebanyakkan tidak tahu cara urus tadbir kerajaan dengan mendalam.

Begitu juga dengan dakwaan Hamid berhubung siasatan terhadap ahli politik melompat parti yang dipanggilnya sebagai ‘katak’ disebabkan faktor rasuah.

Di mana asasnya dakwaan itu jika bukan sekadar naratif politik, kerana beliau sendiri tidak mengutarakan perkara ini ketika beliau memegang kuasa?

Persoalan dilontarkan, mengapa beliau berdiam diri dalam isu Tan Sri Tommy Thomas yang secara terang-terangan melanggar akta rahsia rasmi kerajaan?

Mengapa beliau tidak meneruskan siasatan terhadap isu kematian, Muhammad Adib Mohd Kassim, seorang anggota bomba yang terbunuh dalam kejadian rusuhan di kuil pada 2018 yang telah diputuskan mahkamah koroner akibat perbuatan jenayah?

Begitu juga dengan kes-kes beberapa individu yang jelas diketahui umum sebagai penyokong kuat Pakatan Harapan termasuk beberapa ahli politik yang dibebaskan secara tiba-tiba ketika pentadbiran PH, di mana suara Hamid ketika itu?

Jika diteliti segala perkara itu, tidak salah jika timbul persepsi bahawa lantikan beliau sebagai KPN hanyalah berorientasikan politik semata-mata dan kerana beliau merupakan pegawai PDRM yang mesra kepada PH.

Justeru, tidak salah sekiranya ada pihak yang melontar pandangan, bahawa segala dakwaan beliau itu merupakan “the last bullet” untuk menembak kerajaan Perikatan Nasional dari sudut politik yang terinspirasikan daripada ideologi politik Pakatan Harapan.

Kepada Hamid Bador, selamat bersara, namun tindakan beliau meninggalkan PDRM dengan melukiskan persepsi akhir yang negatif serta tidak benar terhadap pentadbiran kerajaan, sedikit sebanyak mencalarkan segala jasanya jika ada selama berada di Bukit Aman.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.