nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengembara Bangladesh, Pakistan, Nepal, Sri Lanka disekat masuk Malaysia

5 MEI: Kerajaan hari ini turut menyekat kemasukan pengembara dari Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka ke Malaysia.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sekatan itu membabitkan semua kategori pemegang Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang, Pelawat Perniagaan Antarabangsa dan Lawatan Sosial.

“Kerajaan sebelum ini sudah menyekat kemasukan warga India ke negara kita dan hari ini kita bersetuju menambah sekatan ke atas pengembara warga Bangladesh, Pakistan, Nepal dan Sri Lanka dari memasuki Malaysia membabitkan semua kategori,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan berhubung perkembangan PKP, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Ismail Sabri berkata, bagaimanapun pengecualian diberikan kepada pemegang pasport diplomatik dan rasmi seperti diperuntukkan dalam Konvensyen Vienna Berkenaan Hubungan Diplomatik 1961.

Jelasnya, pemegang pasport bagi kategori itu dipertimbangkan untuk memasuki Malaysia dengan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) ketat sedia ada.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 370 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam dan 366 daripada jumlah itu dikompaun, seorang direman, manakala tiga dijamin.

Kesalahan paling tinggi dicatatkan, katanya, adalah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis dengan 237 kesalahan, tidak memakai pelitup muka (60), aktiviti pusat hiburan (33), tiada penjarakan fizikal (22) dan lain-lain (18).

“Bagi kawalan sempadan negara pula, seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dan tiga kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng, semalam.

“Sebanyak 144 bot dan kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.