nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

USM tidak larang pelajar pulang bercuti sempena Aidilfitri

5 APRIL: Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian tidak pernah mengeluarkan arahan melarang pelajarnya untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Aidilfitri.

Menurut sumber Pejabat Pengarah Kampus Kesihatan USM, dakwaan yang mengatakan terdapat dekan universiti itu mengugut untuk menggagalkan pelajar sekiranya mereka pulang bercuti, juga adalah sangat tidak tepat.

“USM Kubang Kerian menggunapakai kenyataan rasmi dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung kebenaran untuk pelajar pulang berhari raya dan membenarkan kesemua mereka berbuat demikian, malah pihak universiti ini tidak mengingkari arahan itu.

“Pengurusan USM Kubang Kerian turut membantu mempermudahkan urusan kepulangan pelajar yang mahu balik, termasuk daripada segi pergerakan mereka dan sebagainya,” kata sumber itu ketika dihubungi Portal PN BBC.

Portal ini semalam, menerima aduan mendakwa pelajar di kampus kesihatan universiti itu tidak dibenarkan pulang meraikan Aidilfitri, selain diugut dekan yang akan menggagalkan keputusan pengajian mereka sekiranya ingkar.

Sumber itu berkata, sebaliknya pada satu sesi pertemuan diadakan bersama pelajar kampus kesihatan berkenaan pada minggu lalu, pihak pengurusan memberi penjelasan berhubung risiko bakal dihadapi mereka yang pulang bercuti daripada aspek keperluan pengajian.

“Ketika sesi pertemuan itu, kita (pengurusan USM Kubang Kerian), Dekan dan Timbalan Dekan memahamkan pelajar di ketiga-tiga pusat pengajian yang ada di kampus ini, iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian serta Fakulti Kesihatan bahawa tempoh pengajian klinikal mereka yang ditetapkan badan profesional mungkin akan terganggu sekiranya mereka memilih untuk pulang, sekali gus memberi risiko gagal.

“Keperluan pengajian klinikal pelajar di kampus kesihatan ini adalah bergantung kepada Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan Majlis Pergigian Malaysia (CDM), bukannya ditetapkan pihak pengurusan universiti.

“Sekarang ini disebabkan pelbagai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan akibat COVID-19, tempoh pengajian klinikal berbaki pelajar adalah sangat pendek, jadi kemungkinan jika mereka pulang semula ke kampus selepas cuti hari raya dan terpaksa menjalani saringan pula.

“Jika ini berlaku mungkin menyebabkan pelajar tidak dapat melengkapkan keperluan ditetapkan badan profesional, mungkin gagal serta tidak sempat bergraduan dalam tempoh ditetapkan,” katanya.

Bagaimanapun, kata sumber itu, pada sesi pertemuan berkenaan, pelajar diedarkan borang untuk diisi sama ada ingin pulang bercuti atau sebaliknya bagi memudahkan pihak pengurusan mengatur pergerakan mereka.

“Kita cuma menasihatkan, tidak pernah langsung melarang dan pelajar bebas membuat keputusan. Majoriti pelajar diyakini memahami apa disampaikan pihak universiti, cuma mungkin individu mengeluarkan dakwaan terbabit berpunca daripada salah faham berhubung isu sebenar,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.