nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD enam lokaliti di empat negeri ditamatkan

10 MEI: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Kahang Timur, Kluang, Johor dan Kampung Bako Hilir, Kuching, Sarawak mulai 12 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD dilaksanakan berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan telah berlaku peningkatan kes positif secara mendadak dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di kedua-dua lokaliti tersebut.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kedua-dua kawasan yang berkuat kuasa bermula 12 Mei sehingga 25 Mei 2021.

“Di PKPD Felda Kahang Timur PKPD perlu dilakukan kerana taburan kes yang menyeluruh di itu memerlukan tindakan kawalan dan pencegahan kawalan yang lebih besar di samping semua aktiviti yang berisiko tinggi dan mampu menjadi punca kepada penyebaran kes COVID-19 dapat  dihentikan seketika, “katanya menerusi kenyataan media perkembangan COVID-19, hari ini.

Ismail Sabri turut memaklumkan mukim Hulu Besut di daerah Besut akan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok sehingga 20 Mei ini,berikutan kes di kawasan tersebut semakin meningkat.

“Selain itu, PKPD di Felda Umas, Kalabakan, Sabah yang sepatutnya ditamatkan esok akan dilanjutkan sehingga 25 Mei berikutan masih berlaku penularan berterusan jangkitan di kawasan PKPD serta terdapat baki sampel saringan yang belum mendapat keputusan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan turut bersetuju untuk menamatkan PKPD di enam lokaliti di Kelantan, Sarawak, Sabah dan Negeri Sembilan.

Tambah beliau, daripada jumlah itu, tiga daripada adalah di Sabah iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu 2 Lorong Habib Abdul Rahman dan PPR Batu 8

Jalan Apas di Tawau serta Kompleks Abedon (Bumiwealth, Kolopis & Tanaki), Kinabatangan di Sabah.

“Yang selainnya adalah di Kampung Bangkahulu, Gemas, Negeri Sembilan termasuk dua institut pendidikan iaitu di PKPD Maahad Tahfiz Al-Azhari (MTAZ), Machang, Kelantan iaitu SMK Ulu Balingian, Sibu, Sarawak.

“Hanya PKPD di MTAZ dan Kampung Bangkahulu, ditamatkan bermula hari ini manakala yang lain akan ditamatkan bermula esok seperti yang telah dijadualkan,” katanya.

Sementara itu, mengenai task force operasi pematuhan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 460 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP)

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 456 individu dikompaun manakala empat orang pula direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (106), tidak memakai pelitup muka (80), tiada penjarakan fizikal (79), aktiviti pusat hiburan (50), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (3) dan lain-lain (142).

“Kerajaan telah mengarahkan PDRM supaya meningkatkan pemantauan pematuhan SOP di negeri dan kawasan hotspot yang dikenalpasti di bawah sistem HIDE. Langkah-langkah penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasaan yang lain juga akan dipertingkatkan di lapangan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, sejak 24 Julai tahun lalu sehingga semalam, seramai 200,518 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemuanya telah ditempatkan di 76 hotel dan 10 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.

“Semalam, seramai 935 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

“Seramai 7,604 individu telah dikuarantin dan 191,024 orang dibenarkan pulang manakala 1,890 lagi dibawa ke hospital,”katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.