nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan laksana SOP  seragam PKP 3.0 seluruh negara mulai esok

11 MEI: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seragam di seluruh negara mulai esok, bagi memudahkan kefahaman rakyat dalam usaha negara mengekang penularan jangkitan COVID-19. 

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penyeragaman SOP itu diputuskan menerusi Mesyuarat Teknikal Majlis Keselamatan Negara (MKN), hari ini, berdasarkan cadangan dan pandangan semua kementerian.

“Sekarang hanya satu status SOP sahaja , iaitu PKP, jadi saya rasa tidak timbul lagilah isu kekeliruan seperti sebelum ini kerana ada tiga status PKP dengan SOP berbeza, malah kita buat keputusan ini selepas berbincang dan memperincikan secara teliti, termasuk protokol berhubung aktiviti dibenarkan serta tidak dibenarkan.

“Maklumat lanjut mengenai SOP baharu diseragamkan ini akan dikeluarkan setiap kementerian melalui laman sesawang masing-masing, manakala SOP secara umum boleh dilihat di laman sesawang MKN.

“Kita juga sudah mengarahkan kementerian mengaktifkan talian hotline bagi membolehkan rakyat mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelaksanaan SOP terbabit,” katanya dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Putrajaya, hari ini.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, Pelaksanaan PKP 3.0 yang bermula esok adalah berdasarkan situasi dan perkembangan semasa COVID-19 di Malaysia serta SOP ditetapkan kali ini juga berbeza dengan PKP 1.0 dan PKP 2.0, malah pastinya berlainan dengan SOP ketika pelaksanaan PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP). 

Beliau berkata, dalam usaha mengekang COVID-19, terdapat pihak menyatakan seolah-olah kerajaan ‘mengambil ringan’ perkara itu, justeru tegasnya, kerajaan mengambil serius berhubung usaha berkenaan dan setiap keputusan diambil adalah berdasarkan pelbagai peringkat penilaian, bukannya diumumkan sebegitu saja.

Malah, katanya, usaha serius itu dapat dilihat apabila mesyuarat dan perbincangan mengenai situasi serta SOP terkini yang pada peringkat awal pandemik diadakan sekali seminggu, ditambah kepada dua kali seminggu dan sejak akhir-akhir ini dilakukan tiga kali seminggu.

“Kerajaan memang serius menangani COVID-19 dan apabila kita umumkan sesuatu SOP, keputusan ini melalui pelbagai peringkat yang menyaksikan cadangan diberikan kementerian-kementerian, semua menteri besar, ketua menteri serta ketua pengarah kepada Jawatan Teknikal PKP akan dinilai.

“Penilaian ini kemudian dibentangkan pada Mesyuarat Teknikal MKN sebelum diputuskan dan diumumkan kepada rakyat, malah ingin saya tegaskan kerajaan laksanakan PKP 3.0 untuk mengimbangi keperluan kesihatan sertab keperluan kehidupan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sebanyak 70 kilang sudah diarah tutup, termasuk penutupan kilang besar, antaranya Top Glove kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) sejak tahun lalu sehingga awal bulan ini, namun perkara itu tidak dihebohkan.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat saringan dan kita tidak lupa melakukan penilaian risiko apabila ada satu kes positif dilaporkan di kilang dan tempat kerja.

“Tahun lalu, kebanyakan kes jangkitan di tempat kerja berlaku kerana perumahan pekerja sesak dan selepas melihat punca ini, maka kita perkenalkan pindaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta mengarahkan tempat tinggal selesa disediakan majikan,”katanya 

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, menerusi PKP 3.0, had kemasukan ke pusat beli belah dan pasar raya besar akan dihadkan mengikut kapasiti serta saiz premis bagi menggelakkan berlaku kesesakan yang boleh menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.

Kemasukan ke pusat beli belah, juga katanya bukan hanya memerlukan pelanggan mengimbas MySejahtera, tetapi mereka harus menunjukkan paparan semasa maklumat diri yang tertera di aplikasi itu kepada pegawal keselamatan untuk diperiksa supaya mereka yang berisiko tinggi tidak dibenarkan masuk, manakala hanya individu berisiko rendah dibenarkan melepasinya.

“Kita mahu perkenalkan SOP ketat sebagaimana yang berjaya dilaksanakan pada Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) dulu untuk kemasukan ke pusat beli belah dan premis perniagaan.

“Sebagai contoh mungkin hanya 50 pelanggan pertama dibenarkan masuk dalam satu satu masa dan selebihnya tunggu giliran.

“Kita cuba tambah baik dari segi jumlah pelanggan datang serta mengawal pergerakan mereka keluar dan masuk dengan hanya mereka yang  tidak bergejala dan berisiko rendah dibenarkan masuk supaya tidak sesak,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan terpaksa mengambil keputusan mencabar melaksanakan PKP selepas mengambil kira aliran peningkatan kes positif COVID-19 tinggi sehingga mencecah empat  angka setiap hari.

Jelasnya, kerajaan bermesyuarat setiap hari dan laporan diterima juga adalah secara harian, termasuk tindakan yang terpaksa diambil segera walaupun dilihat berubah kerana hakikatnya, bergantung kepada maklumat diterima pada hari berkenaan.

Di dalam penyediaan SOP, katanya, kerajaan pastinya sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, terutama dalam aspek kos sara hidup. 

“Kerajaan memahami kesukaran dihadapi rakyat, khususnya mereka yang bergantung kepada pendapatan harian, sebab itu kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan sektor ekonomi untuk dibuka dengan SOP yang lebih ketat,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.