nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tajuddin tidak peka kesukaran rakyat – Wan Saiful

11 MEI: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan, menyifatkan kenyataan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO sedia menimbangkan semula keputusan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN), sebagai tidak peka dengan situasi sukar dihadapi rakyat ketika ini.

Beliau berkata tindakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu juga umpama tidak habis mahu berpolitik, biarpun negara berdepan masalah COVID-19 dan ekonomi.

“Saya lihat ini contoh seorang individu yang tak habis-habis dengan berpolitik dan walaupun rakyat sedang susah, dia asyik nak berpilihan raya.

“Seolah-olah tak nampak masalah COVID-19 dan masalah ekonomi yang melanda negara,” katanya menerusi kenyataan kepada Portal PN BBC.

Pada Sabtu lalu, Tajuddin ketika menghadiri program di Pasir Salak, Perak dilaporkan berkata, UMNO sedia menimbangkan semula keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN pada Ogos ini, jika kes COVID-19 masih tinggi.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu juga mengatakan disebabkan kes pandemik terbabit yang tinggi, kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) seperti didesak UMNO tidak dapat dilaksanakan, walaupun selepas parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkenaan, menarik balik sokongan terhadap PN seperti diputuskan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata, beliau juga ada mendengar desas desus dalaman bahawa pemimpin itu sedang menghadapi masalah perundangan sehingga terpaksa berusaha mengubah perhatian rakyat supaya tidak tertumpu kepada isu terbabit.

“Saya tak tahulah betul atau tidak cerita dalaman ini, tapi kalau betul dia cuba ugut jatuhkan kerajaan kalau dia tidak ‘diselamatkan’, maka memang amat tidak wajarlah perlakuan itu, namun saya harap cerita berkenaan salah.

“Apapun yang jelas adalah dia terlalu ‘detached’ daripada denyut nadi rakyat kerana dalam situasi rakyat minta lain, tapi ‘kluster merungut’ ini tak habis lagi merungut mengenai pilihan raya,” katanya.

Pada masa sama, Wan Saiful berkata, kerajaan PN perlu terus istiqamah membantu rakyat.

“Jangan peduli dengan individu yang mengugut atas kepentingan peribadi sebegini,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.