nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Umat Islam Dunia Perlu Bangkit Bersama Pertahan Palestin-Hadi

15 MEI: Umat Islam seluruh dunia harus bangkit bagi mempertahankan tanah suci umat Islam daripada terus dikotori oleh Zionis Israel serta mempertahankan saudara Islam di Palestin daripada terus ditindas dan dizalimi oleh Israel.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Palestin dan Baitul Maqdis adalah isu umat Islam dan kemanusiaan sejagat dan membebaskan bumi suci Palestin adalah perjuangan yang tiada noktah hentinya.

“Perlu ditegaskan bahawa Palestin dan Baitul Maqdis adalah milik Islam yang mampu menunjukkan keadilan terhadap semua. Inilah janji Allah SWT kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa AS, dua orang nabi yang turut menjadi kebanggaan kaum Yahudi.

“Ketegasan yang perlu dinyatakan bahawa kumpulan Zionis tidak layak berada di bumi Palestin kerana kezalimannya di luar daripada janji ALLAH kepada Nabi Ibrahim. 

“Bahkan mereka juga menentang kitab Taurat yang dibawa oleh Nabi Musa serta perjuangan mereka bukannya menegakkan Kitab Allah, sebaliknya hanya menegakkan fanatik kebangsaan Yahudi,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini. 

Mengulas lanjut, Abdul Hadi memberitahu,  tegaknya negara haram Israel itu pada 15 Mei 1948 merupakan hasil pengkhianatan golongan yang menolong musuh dengan menjatuhkan Khilafah Uthmaniyah yang disusuli dengan Perjanjian Sykes-Picot dan Deklarasi Balfour, membahagikan tanah air kepunyaan umat Islam kepada kalangan yang memusuhi Islam.

Menurut beliau,  Zionis Israel telah merampas tanah suci Palestin, yang merupakan bumi para anbiya’ yang wajib dipertahankan oleh umat Islam yang beriman. 

“Ditubuhnya sebuah negara haram Israel dengan cara merompak di siang hari dengan alasan sejarah yang sesat daripada ajaran para Rasul AS, bahkan kaum Yahudi itu membunuh sebahagian para Rasul dan ulama’ yang soleh.

“Beberapa hari ini, mereka melakukan serangan ke atas bumi Palestin dengan penuh kekejaman. Tindakan mereka yang bermula sejak akhir Ramadhan ini sangat tidak berperikemanusiaan tatkala mereka menyerang umat Islam yang sedang beribadat di Masjid Al-Aqsa, “katanya. 

Justeru, Abdul Hadi mengajak orang ramai mengambil iktibar menerusi hadis Rasulullah berkenaan perkara ini dan mempercayai bahawa perjuangan rakyat Palestin berteraskan iman tidak mungkin dipadamkan di samping bangkit secara menyeluruh dalam mempertahankan Baitul Maqdis dengan segala pengorbanan.

“Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad 2330 yang bermaksud Marilah kita mengambil iktibar daripada sabda Rasulullah SAW yang bermaksud sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang akan sentiasa berjuang bersama-sama dengan kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. 

“Musuh-musuh mereka tidak akan dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian. Maka para sahabat bertanya: “Di manakah mereka?”. Rasulullah menjawab: “Di Baitul Maqdis dan sekitarnya,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.