nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PdPR: i-Guru tuntut kerajaan laksana 3 perkara

16 MEI: Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) menuntut kerajaan dan Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan tiga perkara bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) berjalan lancar.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan, berkata tuntutan pertama i-Guru supaya kerajaan meningkatkan akses capaian internet di kawasan luar bandar dan pedalaman serta menyegerakan bantuan alat peranti kepada murid daripada keluarga berpendapatan rendah (B40).

Mohd Azizee berkata kerajaan juga perlu menyediakan insentif khas untuk warga guru memanfaatkan pengajaran digital dengan tambahan pemberian data internet dan kos pembelian alat bantu mengajar secara digital.

Beliau berkata kerajaan juga perlu mengurangkan kerja-kerja pelaporan dan pengkeranian supaya guru boleh fokus kepada kemenjadian murid, selain membangunkan aplikasi mudah dan mesra pengguna untuk tujuan pelaporan PDPR.
 
“Pengalaman yang dilalui sepanjang PdPR sebelum ini, seharusnya mematangkan warga guru untuk terus menimba ilmu dan kemahiran digital demi meningkatkan kompetensi diri sebagai pendidik dalam menyampaikan  ilmu kepada anak didik tanpa mengira latar belakang mereka, di desa atau bandar, miskin atau berada, pelbagai anutan agama dan bangsa meskipun berdepan cabaran.

“Tujuannya adalah satu iaitu memastikan kelangsungan pendidikan dan tiada  murid yang keciciran dalam mendapatkan akses pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan  hari ini.

Beliau berkata pendidikan dalam naratif baharu adalah usaha kelangsungan untuk kehidupan yang bermakna dan ia bukan lagi melahirkan manusia robot.

“Norma baharu pendidikan negara penting dalam membina watak manusia yang dahagakan ilmu demi kelangsungan hidup selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berusaha mengembangkan potensi individu secara seimbang untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

“Tindakan ini memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
 
Selamat Hari Guru ‘
Berguru Demi Ilmu Bina Generasi Baharu
,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.