nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Polis bebaskan 13 individu kes rusuhan di Batu Pahat

16 MEI: Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner, Ismail Dollah, mengesahkan 13 daripada 20 individu yang ditahan sejak Khamis lalu bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kejadian rusuhan di Parit Raja, Johor, yang tular dalam laman sosial, kini dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ismail berkata kesemua mereka dibebaskan kira-kira 11.30 pagi tadi selepas pegawai penyiasat selesai merakamkan keterangan, manakala tujuh lagi individu masih ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan.

Beliau berkata tujuh lagi individu masih ditahan sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 dan Seksyen 505(b) kanun sama serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

“Kes berkenaan masih disiasat di bawah Seksyen 144 Kanun Keseksaan, Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan (1957).

“Siastan kes ini juga dijalankan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan ) (Pindaan) 2021 dan juga Seksyen 48 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan polis menahan 20 individu dipercayai terbabit kejadian merusuh, membakar suar serta membuat dan menggantung kain rentang ‘kerajaan gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat, seperti paparan menerusi video tular di media sosial, semalam.

Penahanan kesemua lelaki berusia 16 hingga 28 tahun tersebut susulan maklumat orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis “Kerajaan Gagal” di sebuah jejantas di kawasan itu pada 13 Mei lepas, selain sebuah video tular menunjukkan perhimpunan, nyalaan suar dan kejadian menaikkan kain rentang tanpa mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan.

Menurut Ismail, siasatan mendapati, aktiviti rusuhan dilakukan pada 13 Mei, kira-kira pukul 2 pagi dengan disertai kira-kira 40 orang.

Kumpulan itu membuat halangan menggunakan motosikal dan kereta kepada pengguna kenderaan selama 15 minit bagi menarik perhatian selain mengibarkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ serta membakar suar dan mercun di persimpangan Pekan Parit Raja.

Mereka kemudian membawa kain rentang sama untuk digantung di sebuah jejantas di hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kong Nan sejurus selepas kejadian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.