nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD 28 Mukim di Kota Setar, dua di Kelantan mulai lusa

17 MEI: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 28 Mukim di Kota Setar, Kedah selama 14 hari, bermula lusa.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan itu dikenakan selepas sehingga 16 Mei 2021, sebanyak 975 kes aktif COVID-19 direkodkan di seluruh Kota Setar.

Katanya, enam daripada kesemua mukim itu direkodkan sebagai zon merah, iaitu Mukim Kota Setar dengan 78 kes, Mukim Mergong (223 kes), Mukim Pengkalan Kundor (143 kes), Mukim Derga (138 kes), Mukim Kangkong (55 kes) dan Mukim Anak Bukit (61 kes). 

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan penularan jangkitan COVID-19 menular secara meluas ke seluruh daerah Kota Setar dan hanya dalam tempoh lapan hari, iaitu antara 8 sehingga 16 Mei 2021, sebanyak 799 kes positif pandemik itu dikesan.

Situasi itu, katanya, menjadikan sebanyak hampir 100 kes sehari di Kota Setar direkodkan secara purata, membabitkan beberapa kluster sedia ada dan Kluster Dah Putih, iaitu kluster terbaharu di daerah itu. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di 28 Mukim di Kota Setar berkuatkuasa 19 Mei sehingga 1 Jun 2021. 

“PKPD ini bagi mengawal pergerakan penduduk di daerah berkenaan dan menyekat penularan jangkitan kes COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain,” katanya menerusi kenyataan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di dua lokaliti di Kelantan, iaitu Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong, Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu, Kota Bharu selama dua minggu, bermula lusa.

“Sehingga kini, KKM menjalankan 227 ujian saringan di kedua-dua lokaliti dan 74 daripadanya disahkan positif, malah berlaku peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh dua minggu dengan peratusan kes positif adalah 26.62 peratus di Kampung Pauh Lima, Bachok dan 55.22 peratus di Kampung Pauh Lima, Kota Bharu.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di dua lokaliti seperti dinyatakan berkuat kuasa 19 Mei sehingga 1 Jun 2021.

“PKPD ini bagi memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes dan menyekat penularan jangkitan kes COVID-19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti terbabit,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang yang sepatutnya ditamatkan, esok dilanjutkan selama tujuh hari.

Arahan itu dikenakan, katanya, selepas sebanyak 4,621 ujian saringan, mendapati 326 daripada jumlah terbabit, disahkan positif. 

Jelasnya, KKM juga mengesahkan masih terdapat penularan kes dalam kalangan penduduk di lokaliti terbabit dan terdapat kes baharu serta sampel sedang menunggu keputusan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Taman Tanah Putih Baru, Kuantan, Pahang bermula 19 Mei sehingga 25 Mei 2021,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, pelanjutan PKPD turut dikenakan di Rumah Panjang Dinggai, Sungai Amut Atas, Pakan, Sarikei, Sarawak selama seminggu.

Keputusan itu, katanya, diambil selepas KKM menjalankan 67 ujian saringan dalam kalangan penduduk di situ dan mendapati 16 daripadanya disahkan positif.

Bagaimanapun, jelasnya, KKM melaporkan masih terdapat penularan kes dalam kalangan penduduk di lokaliti terbabit, selain masih terdapat sampel ujian menunggu keputusan. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Rumah Panjang Dinggai, Sungai Amut Atas, Pakan, Sarikei, Sarawak yang sepatutnya tamat pada 19 Mei, sehingga 26 Mei 2021,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, PKPD Kampung Meripoh dan Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin, Pahang yang dijadualkan sehingga 23 Mei, ditamatkan hari ini.

“Dalam tempoh PKPD itu, KKM menjalankan 215 ujian saringan dan 16 daripada jumlah itu disahkan positif. 

“KKM juga mengesahkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Kampung Meripoh dan Kota Bahagia, Muadzam Shah, Rompin, Pahang pada 17 Mei 2021, lebih awal daripada dijadualkan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata, seramai 569 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu 466 individu dikompaun, manakala 103 direman. 

“Kesalahan paling tinggi direkodkan adalah gagal merekod butiran diri dan daftar masuk premis, iaitu sebanyak 127 individu.

“Tidak memakai pelitup muka merekodkan  103 individu, manakala tiada penjarakan fizikal (65) dan lain-lain kesalahan (274),” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.