nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia Tidak Akan Iktiraf Regim Israel

17 MEI: Kerajaan Malaysia bertegas untuk tidak akan sesekali mengiktiraf tindakan pencerobohan dan rampasan tanah milik rakyat Palestin bagi tujuan perluasan penempatan haram regim Zionis Israel. 

Justeru, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disaran menggunakan mekanisma sedia ada bagi mengelakkan berlakunya kehilangan lebih banyak nyawa di Palestin. 

Menurut beliau, menerusi perbahasan terbuka Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara sidang video (VTC) mengenai keadaan di Asia Barat semalam, Malaysia telah menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk melaksanakan tanggungjawab utamanya memastikan situasi keselamatan dan keamanan di rantau tersebut. 

“Malaysia menekankan tiga perkara penting di VTC itu yang pertama Majlis Keselamatan PBB perlu bertindak segera dan memikul tugasnya yang termaktub di bawah Piagam PBB dan hendaklah tegas dan bersatu suara serta bertindak pantas terhadap siri serangan oleh regim Israel. 

HISHAMMUDDIN

“Yang ketiga adalah Majlis Keselamatan PBB perlu mengkaji semula cadangan yang terkandung dalam laporan Setiausaha Agung pada tahun 2018, A / ES-10/794, mengenai penempatan pasukan bersenjata PBB atau pemerhati tidak bersenjata bagi meningkatkan perlindungan ke atas rakyat Palestin,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini. 

Dalam pada itu, Hishammuddin memaklumkan Malaysia kecewa dengan PBB yang gagal mengutuk tindakan Israel serta menggesa keganasan ke atas rakyat Palestin dihentikan. 

Menurut beliau, ini merupakan sesi ketiga Majlis Keselamatan PBB dalam minggu ini dan masih belum ada satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai situasi semasa di Palestin.

“Atas sebab ketiadaan sebarang tindakan daripada Majlis Keselamatan PBB – Malaysia, selaras dengan kenyataan bersama Negara Brunei Darussalam dan Indonesia mendesak Perhimpunan Agung PBB untuk segera mengadakan Sesi Khas bagi menghentikan konflik di Palestin. 

“PBB perlu mendesak Israel mematuhi undang-undang antarabangsa serta Piagam PBB. Sekali lagi, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan oleh regim Israel ke atas rakyat Palestin dan umat Islam yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa. 

“Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan berterusan oleh tentera Israel serta pengusiran rakyat Palestin yang menetap di kawasan Sheikh Jarrah dan Silwan di Baitulmaqdis,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.