nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kenyataan ADUN  Bandar Baru Klang biadap, tidak patriotik

18 MEI: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP, Bandar Baru Klang yang mengkritik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pendirian tegas Malaysia terhadap kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin, adalah satu perbuatan biadab dan tidak patriotik.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Terengganu, Datuk Razali Idris, berkata kritikan kurang ajar ADUN Bandar Klang, Teng Chang Khim tidak melambangkan keperibadian beliau sebagai seorang EXCO, ADUN Selangor dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kemakmuran dan kedamaian sejagat.

Razali yang juga Ahli Pimpinan Tertinggi BERSATU berkata Chang Khim patut malu dengan diri sendiri dan malu kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya kerana perbuatannya terbabit.

“Justeru, saya mendesak YB Teng Chang Khim memohon maaf kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan biadab beliau.

“Saya juga hendak mempersoalkan adakah tindakan YB Teng Chang Khim ini sebagai ejen provokasi kerajaan Israel yang mencuba memanipulasikan keadaan semasa termasuk mengkritik kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) ?

“Adakah tindakan pemimpin DAP dan parti DAP mempunyai kaitan langsung dengan arahan negara haram Israel bagi menganggu-gugat ketenteraman awam, kestabilan politik dan keselamatan negara seperti Malaysia yang menyokong kuat kepada perjuangan dan kemanusiaan rakyat Palestin?,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata demikian mengulas tindakan biadab Chang Khim yang dikatakan mengkritik kenyataan Muhyiddin Yassin menyatakan pendirian tegas Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin yang ketika ini berdepan pencerobohan serta keganasan tentera Israel.

Dalam pada itu, Razali juga meminta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat tindak-tanduk pemimpin DAP yang mungkin menjadi boneka kepada negara haram Israel.

“Saya mengulangi pendirian tegas bagi parti BERSATU supaya jangan ada pihak-pihak tertentu yang mencuba menganggu-gugat keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Pendirian negara Malaysia terhadap Palestin tidak ada kena mengena langsung dengan pandemik COVID-19 kerana ia adalah dua isu yang sangat berbeza.
Isu yang berlaku di bumi Palestin bukannya diminta tetapi akibat kerakusan dan kekejaman Israel yang dirancang dan berulang-ulang.

“Maka tidak berasas langsung andainya dakwaan bahawa YAB Perdana Menteri cuba mengalih persepsi rakyat Malaysia dalam permasalahan dalaman negara seperti pandemik COVID-19. Kerajaan PN sentiasa fokus dalam apa jua bentuk demi kesejahteraan rakyat dan prihatin dengan permasalahan sejagat,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.