nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

CUEPACS gesa PKP penuh seluruh negara

19 MEI: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di seluruh negara, sekurang-kurangnya 21 hari bagi mengelakkan tercetus ‘darurat kesihatan’.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat, berkata gesaan itu dibuat memandangkan situasi semasa menyaksikan perkhidmatan kesihatan di Malaysia berdepan cabaran terlalu dahsyat, termasuk perlu mengendalikan rawatan COVID-19 dan pesakit lain.

Katanya, tempoh 21 hari itu adalah jangka masa paling minima bagi membolehkan langkah drastik dilaksanakan kerajaan untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19 dan mengaplikasikan prosedur operasi standard (SOP) PKP baharu serta lebih berkesan.

ADNAN

“Sekiranya kerajaan masih menggunakan SOP semasa bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19, CUEPACS bimbang perkhidmatan kesihatan negara akan lumpuh, sekali gus mengundang darurat kesihatan serius kepada negara.

“SOP sedia ada, iaitu menerusi PKP 2.0 dan PKP 3.0 ketika ini, tidak berkesan mengurangkan penularan jangkitan COVID-19, malah jumlah kes semakin meningkat setiap hari.

“Trend peningkatan kes berlaku adalah disebabkan terdapat banyak pergerakan orang ramai yang tidak dapat dikawal berikutan kepentingan atau permasalahan ekonomi, selain kelemahan masyarakat mematuhi SOP ditetapkan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Adnan berkata, SOP yang sentiasa berubah dan tidak seragam turut mengelirukan rakyat, malah lebih mendukacitakan apabila pengumuman pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi diumum lebih awal, sehingga memberi kesempatan komuniti di lokaliti itu keluar serta menyebabkan penularan kes berlaku di kawasan luar.

Jelasnya, walaupun PKP penuh seperti pernah dikuatkuasakan pada Mac lalu mungkin nampak terseksa kepada rakyat, keadaan lebih sukar apabila pelaksanaannya dibuat berdasarkan ‘sekejap buka sekejap tutup’, sekali gus menyaksikan ekonomi semakin perlahan, pendidikan pelajar terabai dan kadar pengangguran meningkat.

Ditambah penularan varian berbahaya daripada Afrika dan India di Malaysia ketika ini, katanya, pelaksanaan PKP penuh diyakini dapat memastikan negara kembali di landasan terbaik.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, perkhidmatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menjadi ‘tulang belakang’ kesihatan rakyat Malaysia kini dibebankan dengan pelbagai cabaran baharu akibat penularan COVID-19 semakin buruk. 

Bebanan itu, katanya, menyaksikan doktor dan petugas kesihatan diwajibkan ‘oncall’ setiap masa secara berterusan sejak lebih setahun lalu, sehingga kehilangan keseimbangan antara kehidupan serta waktu berkerja.

“Keadaan ini bukan sahaja tidak bagus untuk pekerja terbabit kerana memberi tekanan serius kepada fizikal dan mental, malah rakyat sendiri apabila mereka mungkin tidak menikmati perkhidmatan kesihatan lebih baik.

“Kekurangan petugas kesihatan, selain kemudahan yang terpaksa disalurkan kepada rawatan COVID-19 boleh mengakibatkan pesakit lain terabai dan tidak menerima layanan sewajarnya.

“Petugas kesihatan ini juga berdepan risiko jangkitan COVID-19 dan berpotensi menjangkiti pesakit lain yang menerima rawatan bukan pandemik terbabit,” katanya. – Oleh FAZIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.