nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemimpin pembangkang henti berpolitik isu vaksin

22 MEI: Pemimpin pembangkang perlu berhenti mempolitikkan isu vaksin dan darurat dengan bersatu hati bersama kerajaan untuk memerangi musuh nombor satu negara sekarang iaitu wabak COVID-19.

Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau, berkata semua pihak perlu bersatu padu dan menghentikan agenda politik serta meletakkan keselamatan rakyat sebagai keutamaan dalam menghadapi penularan wabak COVID-19 yang terus meningkat.

“Mengapakah kita tidak boleh berhenti mempolitikkan segalanya, termasuklah vaksin?

“Keputusan kerajaan menolak sumbangan vaksin percuma oleh individu kepada kerajaan Pulau Pinang adalah wajar kerana perolehan sumber vaksin perlu dilakukan secara berhati-hati kerana ia membabitkan keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengulangi pendirian parti untuk menawarkan Dewan Wawasan di Menara PGRM, Kuala Lumpur sebagai pusat vaksinasi negara dalam usaha membantu kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 kepada orang awam.

“Kedudukan strategik ibu pejabat Gerakan yang terletak berhampiran projek perumahan rakyat, mampu memudahkan orang ramai khususnya masyarakat setempat memperoleh suntikan vaksin.

“Kita sudah adakan mesyuarat secara maya bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, untuk maklumkan kita setuju beri kebenaran menggunakan dewan secara percuma bagi membantu percepatkan program vaksinasi.

“Di sekeliling kita ada banyak PPR, dan ia memudahkan mereka dari segi logistik,” katanya.

“Kerajaan harus menangani isu berkaitan perolehan atau sumbangan vaksin COVID-19 dengan berhati-hati, kerana vaksin kini adalah ‘sumber strategik’ yang penting dan melibatkan keselamatan orang ramai.

“Menyumbang vaksin tentunya adalah perkara yang baik. Namun, kami berharap penderma atau syarikat dapat memberikan identiti dan maklumat yang lebih telus dan mencukupi, supaya kerajaan dapat melakukan penyiasatan dengan lebih mudah,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.