nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD di beberapa Mukim, Lokaliti di Pahang, Sabah dan Sarawak

22 MEI: 10 lokaliti di Pahang, Sabah dan Sarawak akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai 17 Mei ini, berikutan terdapat peningkatan kes di kawasan tersebut.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu enam daripadanya di Temerloh, Pahang iaitu Taman Gau Indah, Taman Gau Makmur, Taman Gau Aman, Taman Gau Idaman, Kampung Gau Baru dan perkampungan sekitar Gau.

Menurut beliau, manakala dua lagi di Sabah yang terletak di Kampung Melikai, Kuala Penyu serta Silimpopon Estate dan Silimpopon Mill, Kalabakan manakala yang terakhir adalah di Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau, Mukah di Sarawak.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di kesemua kawasan terbabit yang akan berkuat kuasa mulai 24 Mei sehingga 6 Jun 2021.

“Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes serta memastikan penduduk kekal berada dalam kawasan tersebut dan tidak menjangkiti komuniti di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkenaan perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan tujuh Mukim di daerah Kuantan akan dilaksanakan PKPD mulai 24 Mei sehingga 6 Jun depan.

Menurut beliau, ketujuh-tujuh mukim tersebut ialah Beserah, Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Mukim Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan dan Ulu Lepa. 

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes yang ketara dalam tempoh 10 hari dengan kadar kebolehjangkitan amat tinggi di ketujuh-tujuh lokaliti tersebut.

“Pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes dan mengenal pasti, melaksanakan pengasingan dan saringan bagi kontak rapat,” katanya. 

Tambah beliau, PKPD Rumah Panjang Jali dan Rumah Panjang Lanyau, Bukit Dinding-Begerik, Mukah, Sarawak pula akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan. 

Sementara itu, mengenai task force operasi pematuhan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 495 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP). 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 476 individu dikompaun manakala 15 orang pula direman manakala empat lagi telah dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (180), tidak memakai pelitup muka (111), tiada penjarakan fizikal (64), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (9) dan lain-lain (131),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.