nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Usaha cegah jangkitan COVID perlu kombinasi dua pihak

23 MEI: Usaha mencegah dan mengawal penyebaran jangkitan COVID-19 masih lagi memerlukan kombinasi antara Program Tindakan Kesihatan Awam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tindakan penguatkuasaan kepada pematuhan terhadap Prosedur Operasi  Standard (SOP) daripada pelbagai pihak di negara ini. 

Justeru, memandangkan kes harian masih membimbangkan,Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kombinasi kedua-dua langkah ini sangat penting bagi memastikan orang ramai tidak bertindak sambil lewa sekali gus membantutkan usaha mengurangkan kes.

Menurut beliau, sekatan pergerakan yang kini dilaksanakan kerajaan adalah untuk menyelamatkan nyawa orang ramai  walaupun ada sebilangan kecil belum dapat menerimanya.

“Walaupun ada kajian menunjukkan pematuhan SOP dalam kalangan rakyat Malaysia masih tinggi, proses penguatkuasaan perlu diperketatkan atau ditingkatkan untuk menyedarkan mereka.

“Malaysia sedang berhadapan dengan gelombang ketiga dan fenomena ini amat membimbangkan sehinggalah merekodkan kes tertinggi pada 20 Mei 2021, iaitu sebanyak 6,806 kes,” katanya. 

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini. 

Ismail Sabri menambah, pada ketika ini, kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt/Ro) negara berada pada paras 1.2 berbanding 0.8 yang pernah direkodkan pada pertengahan April 2021.

“Tiada jalan lain lagi boleh dilakukan setakat ini melainkan meningkatkan penguatkuasaan kerana ia sebenar lebih kepada mendidik bukan menghukum semata-mata,” katanya. 

Dalam pada itu, kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Taman Abaka, Ladang Table, Tawau, Sabah mulai 25 Mei sehingga 7 Jun, selepas berlaku peningkatan kes ketara dalam masa yang singkat. 

Beliau berkata, pelaksanaan PKPD membolehkan KKM menjalankan pengesanan awal kes supaya dapat diasingkan secepat mungkin sekali gus 
memutuskan rantaian jangkitan di kawasan ladang tersebut.

“Selain itu, PKPD di Kampung Keramat, Semporna, Sabah pula akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan dan sepanjang tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 138 ujian saringan dan 19 individu disahkan positif COVID-19.

“KKM juga mengesahkan trend kes menunjukkan penurunan dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah dirawat. Justeru, setelah membuat penilaian, kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kawasan tersebut seperti yang dijadualkan,” katanya. 

Sementara itu, mengenai task force operasi pematuhan, beliau memaklumkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 644 individu semalam atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP) 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, seramai 614 individu dikompaun manakala 30 orang pula direman. 

“Antara kesalahan direkodkan ialah gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (218), tidak memakai pelitup muka (126), tiada penjarakan fizikal (103), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (102), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (5) dan lain-lain (90),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.