nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Dakwaan Polis Kompaun Lelaki Makan Dalam Kereta Tidak Benar

25 MEI: Dakwaan menyatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang berang dalam sebuah video tular berhubung isu makan dalam kenderaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sitiawan, Perak tidak benar. 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, tiada sebarang kompaun dikeluarkan mahupun tindakan diambil terhadap individu terbabit.

“Saya sudah melihat video itu dan mengesahkan tiada kompaun atau individu ditahan kerana makan makanan yang dibungkus dalam kenderaan.

“Kita tidak pasti motif sebenar video yang dibuat lelaki terbabit, malah gambaran diberikan individu itu juga tidak jelas sama ada dia dikompaun atau dilarang daripada makan di dalam keretanya,” katanya, hari ini. 

Beliau percaya lelaki terbabit salah faham kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail mengenai tindakan kompaun ke atas pengusaha premis makanan yang menyediakan layanan ‘dine-in’ di dalam kereta adalah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, Nor Omar melahirkan kekesalan terhadap penyebaran video dengan kandungan mesej tidak jelas yang boleh menimbulkan kekeliruan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat lebih jelas daripada pihak berkaitan dan tidak menularkan atau membuat video yang boleh mengelirukan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, video yang tular di media sosial berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang lelaki seolah-olah bengang mengenai isu makan di dalam kenderaan sambil meriba bungkusan makanan di dalam sebuah kereta.

“Aku ada rentas negeri punya surat, aku dari Ipoh datang Sitiawan. Sekarang aku beli nasi takkan nasi ni aku nak bungkus balik ke Ipoh baru makan.

“Aku laparlah, aku mesti makan sekarang jugalah, takkan 100 kilometer aku bungkus nasi nak balik rumah (baru) makan,” katanya dalam video itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.