nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Wisma Putra Akan Bantu Jemaah Jika Ibadah Haji Dibenarkan

25 MEI: Kementerian Luar akan membantu urusan jemaah haji Malaysia sekiranya Kerajaan Arab Saudi membenarkan ibadah haji dilaksanakan pada tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau senada dengan kenyataan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam, yang masih menunggu pengumuman rasmi Kerajaan Arab Saudi.

“Ketika ini Kerajaan Malaysia masih menunggu pengumuman sama ada ibadat haji boleh dilaksanakan atau tidak tahun ini.

“Sekiranya dibenarkan dan turut membabitkan umat Islam dari luar Arab Saudi, kita perlu meneliti jumlah keseluruhan jemaah haji dari seluruh dunia yang dibenarkan serta kuota untuk jemaah Malaysia.

“Setiap agensi dan pihak berkuasa di negara ini juga perlu bekerjasama bagi memastikan rakyat yang akan ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) termasuk berkaitan keperluan vaksinasi ditetapkan Kerajaan Arab Saudi,” katanya menerusi  kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Zulkifli memaklumkan, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih menunggu pengumuman rasmi Kerajaan Arab Saudi berhubung jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadat untuk musim haji kali ini.

Tambah beliau, Tabung Haji sedang giat membuat persediaan operasi di tanah air dan Tanah Suci sejak tahun lalu bagi memastikan kelancaran urusan bakal jemaah.

Bakal jemaah jelasnya, turut disarankan segera mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 bagi memenuhi prasyarat wajib ditetapkan Arab Saudi selaras protokol kesihatan yang ketat.

Zulkifli juga menasihatkan bakal jemaah untuk bersabar dan membuat persiapan dari sudut ilmu, jasmani dan rohani agar pelaksanaan ibadah haji di Tanah Suci berjalan lancar kelak.

Kerajaan Malaysia tegas beliau, akan mengumumkan keputusan kepada bakal jemaah terlibat sejurus setelah menerima kenyataan rasmi daripada pihak kerajaan Arab Saudi sendiri.

Menerusi perkongsian di Twitter semalam, Kementerian Kesihatan Arab Saudi memaklumkan hanya 60,000 jemaah dari seluruh dunia dibenar menunaikan ibadat haji tahun ini.

Daripada jumlah itu, ibadat haji yang dijangka bermula 17 Julai depan, dihadkan kepada 45,000 jemaah dari luar Arab Saudi, manakala bakinya dikhususkan untuk jemaah tempatan.

Kementerian terbabit turut mengeluarkan garis panduan setebal sembilan muka surat bagi memastikan jemaah mematuhi SOP ditetapkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.