nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerja Pembersihan LRT Laluan Kelana Jaya Berakhir Esok

26 MEI : Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong memberi jaminan operasi perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) akan kembali beroperasi seperti normal setelah laluan Kelana Jaya khususnya di tempat kemalangan antara stesen KLCC dan Kampung Baru dibersihkan serta mendapat kelulusan operasi oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Ka Siong memaklumkan tmpoh masa tiga hari bermula semalam diberikan bagi kerja-kerja pembersihan dan pengoperasian dijangka lebih awal daripada tempoh yang ditetapkan sejurus mendapat kebenaran APAD.

“Saya dimaklumkan bahawa kerja pembersihan debris sedang dijalankan dengan rancak di kawasan kemalangan.

Mengikut status kerja terkini, dua buah tren yang terlibat dalam pelanggaran akan ditarik balik ke Depoh LRT Kelana Jaya untuk pembaikan pada tengah malam ini selepas tamat perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya hari ini. 

“Sejurus itu, pihak Prasarana akan segera membuat ujian perjalanan dengan tren yang lain (tanpa penumpang) pada tengah malam (ketika tiada perkhidmatan LRT) bagi memastikan semua laluan selamat digunakan khususnya di kawasan yang terlibat dengan kemalangan, “katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya, hari ini. 

Dalam pada itu, Ka Siong memberitahu  kesemua 58 buah tren dijangka beroperasi semula secepat mungkin seterusnya dapat mengelakkan kesesakan serta kepadatan penumpang namun apa yang penting, soal keselamatan sentiasa menjadi keutamaan pihaknya. 

Beliau turut dimaklumkan bahawa apabila landasan di tempat kejadian dipulihkan kepada dua landasan, maka fenomena “bottleneck” di tempat kejadian yang berlaku pada waktu kemuncak pagi 25 Mei lalu dapat diselesaikan dan kelicinan perkhidmatan LRT akan ditingkatkan.

“Dari tinjauan saya hari ini, OCC beroperasi dengan baik dari segi sistem signaling, komunikasi dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan penumpang di sepanjang 46km LRT Laluan Kelana Jaya dengan 37 stesen.

“Sekali lagi saya memohon orang ramai khususnya pengguna tren supaya bersabar sedikit masa lagi sebelum keadaan kembali normal,”katanya.

Dalam masa sama, beliau menyeru semua pihak termasuk operator pengangkutan awam diingatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam usaha mengekang penularan pandemik COVID-19. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.