nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

70,000 penguatkuasa bawah KDN terlibat pelaksanaan PKP Penuh

29 MEI : Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengerahkan lebih 70,000 anggota penguatkuasa di bawahnya termasuk 55,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi meningkatkan keberkesanan operasi pematuhan SOP berikutan pelaksanaan ‘total lockdown’ atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh mulai 1 Jun ini.

Menterinya Hamzah Zainudin berkata, kekuatan anggota dan pegawai akan ditambah kepada 55,000 anggota sepanjang pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini berbanding 37,000 anggota yang terbabit dengan sekatan jalan raya (SJR) sekarang.

“Di samping PDRM, KDN juga telah menggerakkan seramai 15,000 anggota lagi daripada agensi penguatkuasaan yang lain yang menjadikan jumlah kekuatan tambahan keseluruhan sebanyak 70,000 anggota.

“Bagaimanapun, KDN ingin memaklumkan bahawa kita bersedia untuk menambah jumlah anggota jika
diperlukan melalui PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Sukarelawan (RELA), ESCOMM, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM), Jabatan Penjara dan  Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang boleh digerakkan bagi tujuan penugasan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama agensi KDN di Putrajaya sebentar tadi.

Dalam pada itu Hamzah berkata KDN melalui PDRM juga akan meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara kepada lebih 800 SJR berbanding hampir 600 SJR pada masa ini.

Beliau berkata pemeriksaan secara mengejut juga akan dilaksanakan oleh Tim Pemantauan Pematuhan SOP dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti MITI, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Kerja Raya dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan sektor sosial dan ekonomi.

“Jumlah pasukan pemantauan pematuhan SOP tersebut akan dipertingkatkan kepada hampir 20,000 orang anggota berbanding 13,795 orang ketika ini.

“Pemeriksaan juga akan melibatkan kawasan di luar bandar dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul.

“Selain dari OP Benteng, APMM dan Pasukan Polis Marin akan digerakkan untuk memperketatkan pematuhan SOP dan kawalan sempadan terutama di laluan-laluan panas yang menjadi tempat pendaratan pendatang asing bagi mencegah kemasukan secara haram,” katanya.

Katanya, Jabatan Imigresen bersama Jabatan  Pendaftaran Negara (JPN) dan PDRM juga akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan-kawasan penempatan warga asing di seluruh negara.

Beliau berkata semua PATI ditahan akan ditempatkan di depoh tahanan dan penjara satelit dibina oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Penjara di seluruh negara ketika ini.

“KDN menasihatkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan keberkesanaan pelaksanaan perintah ‘lockdown’ kali ini.

“Tindakan tegas tanpa kompromi seperti kompaun akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342],” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan melibatkan KDN dan jabatan di bawahnya berhubung pelaksanaan ‘lockdown’ kali ini, orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan seperti di bawah yang sudahpun beroperasi ketika ini, manakala Bilik Gerakan KDN akan beroperasi 24 jam bermula 1 Jun 2021.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.