nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

62 daripada 67 mangsa kemalangan LRT dibenar keluar hospital

29 MEI: Seramai 62 daripada 67 mangsa terbabit kemalangan dua tren transit aliran ringan(LRT) berhampiran stesen Kampung Baru Isnin lalu yang menjalani rawatan di hospital, sudah dibenarkan keluar.

Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Berhad (PRASARANA), Datin Norlia Noah, berkata, manakala penumpang masih dirawat di hospital dengan tiga daripadanya ditempatkan di wad biasa serta dijangka dibenarkan keluar dalam tempoh antara dua sehingga tujuh hari.

Katanya, seramai 130 daripada 213 penumpang sudah dikenal pasti yang turut membabitkan 12 warga Indonesia, Filipina, Iran, Bangladesh dan Asia Barat dengan pihak kedutaan negara masing-masing, sudah dihubungi sehingga jam 8 pagi tadi.

“PRASARANA turut memantau perkembangan mangsa yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) secara berterusan.

“Fokus utama PRASARANA ketika ini adalah memberi sokongan dan bantuan sewajarnya kepada penumpang terbabit serta keluarga mereka.

“Kita berterima kasih kepada HKL yang diterajui Pengarah Hospital, Datuk Dr Heric Corray dan semua kakitangan atas rawatan, kecekapan, selain sokongan kepada semua penumpang terbabit serta waris mereka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam itu, tren membawa 213 penumpang dari Gombak dilaporkan bertembung dengan tren dari arah Kelana Jaya, menyebabkan 67 penumpang cedera, termasuk 47 parah.

Susulan itu, operasi tren LRT laluan Kelana Jaya yang mengalami kerosakan dibaiki hanya dalam masa tiga hari, sebelum pulih seperti biasa bermula jam 3.45 petang semalam.

Norlia berkata, PRASARANA akan memberi sumbangan ihsan kepada mangsa kejadian dengan jumlah bayaran dan hak penerimaan bakal ditentukan sejurus butiran penumpang dilengkapkan.

“Saluran khas di talian 014-7371330 dan e-mel recovery2021@prasarana.com.my sudah dilancarkan khusus bagi komunikasi secara langsung dengan penumpang terbabit,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.