nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berita Dr Nur maut ditembak Zionis tidak benar

31 MEI: Dakwaan bahawa seorang pegawai perubatan Malaysia dikenali Dr Nur yang sebelum ini dikatakan ditahan tentera Israel, kini disahkan maut akibat kesan daripada seksaan rejim itu adalah tidak benar.

Menurut kenyataan dilaporkan BernamaTV, semalam, hantaran berhubung kematian Dr Nur dimuatnaik seorang pemilik akaun media sosial dan kemudian tular itu, sebenarnya membabitkan seorang petugas tatarias di stesen penyiaran itu, Nurul Nadia Azhar.

Difahamkan, Nurul Nadia disahkan meninggal dunia Jumaat lalu kerana jangkitan paru-paru.

Hasil tinjauan terhadap pemilik Facebook yang menularkan video itu, menyaksikannya sudah membuat permohonan maaf berhubung kesilapan terbabit.

“Saya admin meminta maaf pasal post Nurul Nadia tu kerana tidak melihat kesahihannya terlebih dahulu.

“Dan pada pihak keluarga Nurul dan yang terlibat saya memohon maaf atas kesilapan saya lakukan sebentar tadi.

“Berkaitan post (hantaran) tu saya dah padamkan. Admin info Runner Malaya,” katanya menerusi laman sosial itu, semalam.

Menerusi kenyataan hantaran di Facebook itu, kehilangan Dr Nur akhirnya terjawab selepas dia disahkan syahid akibat diseksa dan ditembah di Bahagian kaki.

“Kehilangan Dr Nur yang merupakan sukarelawan untuk ke Palestin akhirnya terjawab apabila beliau menjadi tahanan serta mangsa kekejaman rejim Zionis Israel hingga beliau disahkan telah syahid akibat diseksa dan ditembak di Bahagian kaki Allahuakbar,” menurut kenyataan itu.

Pada 26 Mei lalu, Portal PN BBC melaporkan dakwaan kehilangan Dr Nur dibuat beberapa pihak, termasuk pegawai perubatan yang dikatakan ditahan pihak Zionis ketika memasuki sempadan kem Palestin bagi melaksanakan tanggungjawab misi bantuan kepada rakyat negara berkenaan secara sukarela, sebelum dikurung.

Dia juga didakwa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, luka teruk di Bahagian dada, patah tangan, selain ditembak di kaki kerana melawan tentera terbabit.

Bagaimanapun, Aman Palestin ketika dihubungi portal ini mengesahkan tidak mempunyai maklumat berhubung dakwaan itu dan pihak badan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat membantu dana dan menjaga Kebajikan rakyat Palestin itu, tidak dapat memastikan kesahihannya.

Wisma Putra menerusi kenyataannya, baru-baru ini, memaklumkan pihaknya tidak dapat mengenalpasti butiran peribadi dan perincian berhubung insiden membabitkan Dr Nur itu.

Justeru, individu dan pemilik instagram Bernama @iesya_toh dan @nurhelizahelmi diminta tampil bagi mengemukakan maklumat berkenaan Dr Nur. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.