nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PEMERKASA Plus membantu penggiat industri pelancongan-MOTAC

1 JUN: Bantuan disalurkan kerajaan kepada sektor pelancongan dan kebudayaan menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat & Ekonomi Tambahan (PEMERKASA +), membolehkan penggiat industri terbabit meneruskan kelangsungan perniagaan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keprihatinan kerajaan itu juga dapat mengekalkan tenaga kerja penggiat industri berkenaan di sektor masing-masing.

“Kerajaan sentiasa prihatin dalam memastikan semua pihak yang berada dalam rantaian ekonomi, terutama berkaitan sektor pelancongan, seni dan kebudayaan diberi perhatian sewajarnya. 

“Justeru, bagi pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyediakan inisiatif terkini bagi membantu meredakan cabaran penggiat industri pada masa ini. 

“Inisiatif terbabit menunjukkan komitmen kerajaan atas setiap keluhan rakyat dalam rantaian ekonomi sektor pelancongan dan kebudayaan yang terjejas akibat COVID-19,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Semalam, Muhyiddin ketika mengumumkan PEMERKASA +, memaklumkan bagi sektor pelancongan dan kebudayaan, kerajaan menyediakan dana bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 ringgit kepada 17,000 ribu pemandu pelancong berdaftar, 4,000 bas persiaran berdaftar, pemandu teksi, kereta sewa, bas sekolah serta e-hailing berjumlah RM68 juta.

Kerajaan juga, katanya, melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus selama tiga bulan tambahan antara bulan Julai sehingga September 2021 kepada pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli-belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema serta pejabat syarikat penerbangan tempatan.

Perdana Menteri berkata, pemberian potongan khas turut diberikan kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan bukan PKS bagi tempoh tambahan enam bulan sehingga 31 Disember 2021 untuk pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa semasa.

Katanya, pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan disediakan pengendali hotel dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi disalurkan dengan nilai peruntukan RM1 bilion dan melalui skim ini, pengusaha bas serta teksi yang layak boleh mendapatkan moratorium pinjaman sehingga 12 bulan, selain melanjutkan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan.

Malah, katanya, kerajaan melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selama satu bulan bagi semua sektor ekonomi terkesan dengan kos RM1.5 bilion dan had 500 pekerja bagi setiap permohonan.

Jelasnya, kerajaan turut menawarkan pembiayaan mikro kredit serendah tiga peratus sebagai modal kerja dengan peruntukan berjumlah RM1.5 bilion.

Mengulas lanjut, Nancy berkata, melihat kepada keadaan semasa, MOTAC akan terus meningkatkan kerjasama dengan penggiat industri pelancongan dan kebudayaan menerusi sesi libat urus dalam tempoh dua minggu ini, sebagai persiapan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan.

Sesi itu, katanya, bertujuan mengenal pasti bentuk bantuan tambahan diperlukan golongan sasar, sekali gus meningkatkan keberkesanan penyaluran fiskal kerajaan secara ‘bottom to top’

Beliau berkata, MOTAC juga akan memastikan penyelarasan dan pemantauan terhadap pelaksanaan PEMERKASA + akan berjalan lancar agar semua penggiat industri dapat dibantu segera serta mendapat manfaat daripadanya.

“Marilah kita bersama-sama barisan petugas hadapan negara berganding bahu bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19 dengan sentiasa mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kehidupan seharian kita,” katanya. –Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.