nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pesawat China ceroboh ruang udara, Malaysia keluar nota bantahan

2 JUN: Kementerian Luar (Wisma Putra) akan mengemukakan nota bantahan diplomatik kepada China bagi membantah pencerobohan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) dan menghampiri ruang udara nasional, semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menyifatkan tindakan 16 pesawat PLAAF itu sebagai ‘pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia’.

“Berdasarkan laporan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Kementerian Luar akan mengemukakan nota bantahan diplomatik terhadap pencerobohan itu kepada kerajaan China.

“Pendirian Malaysia jelas mempunyai hubungan diplomatik yang mesra dengan mana-mana negara tidak bermakna kami akan berkompromi dengan keselamatan negara kita. 

“Malaysia tetap teguh mempertahankan maruah dan kedaulatan kita,” katanya menerusi kenyataan media, lewat malam tadi. 

Dalam pada itu, Hishammuddin menegaskan Wisma Putra juga akan memanggil Duta Besar China ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan pencerobohan ruang udara dan kedaulatan Malaysia oleh 16 pesawat PLAAF.

“Selain itu, saya akan membangkitkan kebimbangan serius berhubung perkara ini kepada rakan sejawat di China,” katanya. 

Terdahulu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dalam satu kenyataan, memaklumkan TUDM memintas 16 pesawat PLAAF yang dikesan menceroboh ZMM Kota Kinabalu (KK) IFR semalam.

Pesawat berkenaan yang dikesan Radar Pertahanan Udara TUDM dari Pusat Pertahanan Udara Sarawak pada jam 11.53 pagi, terbang secara formasi taktikal in-trail pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

Beberapa arahan supaya pesawat berkenaan menghubungi kawalan trafik udara KK IFR tidak dipatuhi, sekali gus TUDM melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 tengah hari untuk melakukan identifikasi visual. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.