nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Melaka pertama miliki makmal saringan COVID-19

2 JUN: Melaka mencatat sejarah tersendiri apabila muncul negeri pertama di Malaysia memiliki makmal saringan COVID-19 sendiri.

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam satu kenyataan berkata Makmal Diagnostik Covid-19 milik Perbadanan Bioteknologi Melaka berkenaan mula beroperasi mulai semalam selepas mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menjalankan ujian makmal RT-PCR dan RTK-Ag untuk mengesan individu dijangkiti wabak terbabit.

Menurut kenyataan itu Makmal Diagnostik PBM  berkenaan turut disokong oleh sistem Tracvirus sekali gus menyokong aktiviti saringan yang dijalankan di fasiliti KKM, sekali gus membantu pengawalan jangkitan wabak terbabit di Melaka.

“Makmal ini mampu menerima sebanyak 250 sampel RT-PCR dan ujian RTK-Ag setiap hari. Keputusan ujian RT-PCR boleh diperoleh dalam masa 24 jam, manakala keputusan RTK-Ag akan diperoleh dalam masa kurang satu jam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali

“Kewujudan makmal ini memberi pilihan tambahan kepada hospital swasta dan klinik di Melaka yang menawarkan ujian calitan COVID-19 untuk mendapatkan ujian RT-PCR dengan makmal ini,” katanya dalam satu kenyataan dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Ketua Menteri Melaka, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya selain menawarkan ujian makmal PBM juga boleh menawarkan kaunter ujian saringan bergerak ‘drive thru’ atau ‘on site’ untuk COVID-19 dengan kerjasama klinik dan hospital panel di Melaka.

Katanya, individu dan syarikat swasta yang ingin membuat ujian saringan COVID-19 boleh berurusan dengan makmal ini dengan membuat tempahan awal menerusi talian 010-530 2600.

“Dengan kewujudan makmal terbaharu ini, kerajaan Melaka berharap ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan beban sampel di Hospital Melaka, malah boleh membantu mengurangkan beban sampel di fasiliti kesihatan KKM khususnya di Zon Selatan melibatkan Negeri Johor dan Negeri Sembilan.

“Sehingga kini, terdapat 35 fasiliti swasta yang telah diiktiraf untuk menjalankan ujian tersebut di seluruh negara termasuk satu makmal swasta yang diiktiraf di Melaka,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri Melaka berharap kapasiti ujian saringan COVID-19 dapat ditingkatkan di Melaka, sekali gus menyokong inisiatif yang dicadangkan semasa sesi mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Pengurusan COVID-19, sebelum ini.

“Sebelum ini Kerajaan Negeri Melaka mencadangkan untuk individu yang ingin mendapat kebenaran rentas negeri wajib menjalani ujian calitan COVID-19 RT-PCR, dan makmal PBM dapat menyokong inisiatif tersebut sekiranya cadangan itu diterima oleh Majlis Keselamatan Negara,” katanya. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.