nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKPD di beberapa lokaliti di Sarawak, Sabah dan Pahang

3 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Rumah Panjang Sigah anak Lak, Sungai Baoh Burak, Dalat, Mukah Sarawak selama 14 hari, bermula esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata berlaku peningkatan kes positif di lokaliti itu apabila sebanyak 37 kes direkodkan hasil daripada 87 ujian saringan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kadar positiviti 42.53 peratus. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Rumah Panjang Sigah anak Lak, Sungai Baoh Burak, Dalat, Mukah, Sarawak berkuatkuasa 5 Jun sehingga 18 Jun 2021.

“PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya menerusi kenyataan berhubung perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPD, hari ini.

ISMAIL SABRI

Ismail Sabri berkata, PKPD turut dilaksanakan di Kampung Pengaraban, Kudat, Sabah selama dua minggu, bermula lusa.

“Sehingga kini, KKM menjalankan 24 ujian saringan dan daripada jumlah itu lapan kes positif direkodkan dengan kadar positiviti sebanyak 33.33 peratus. 

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Pengaraban, Kudat, Sabah berkuat kuasa 5 Jun sehingga 18 Jun 2021.

“PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri berkata, PKPD juga dilaksanakan di empat lokaliti di Tawau, Sabah selama 14 hari, bermula lusa.

Lokaliti itu, katanya, adalah Taman Milenium, Taman Wawasan. Kawasan Semarak dan Kampung Jawa Kongsi 10.

Katanya, sehingga kini,  KKM merekodkan 96 kes positif, iaitu 16 kes di Taman Milenium, manakala di Taman Wawasan sebanyak (13), Kawasan Semarak (55) dan Kampung Jawa Kongsi 10 (12).


“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di empat lokaliti seperti dinyatakan berkuatkuasa 5 Jun sehingga 18 Jun 2021.

“PKPD ini memudahkan KKM menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko ke lokaliti lain,” katanya.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, pelaksanaan PKPD turut dikenakan di Ladang Chin Teck, Muadzam Shah, Rompin, Pahang selama dua minggu, bermula lusa.

“KKM mendapati berlaku peningkatan kes mendadak dalam masa seminggu di lokaliti terbabit, iaitu 12 kes positif dikesan hasil daripada 223 ujian disaring.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Ladang Chin Teck, Muadzam Shah, Rompin, Pahang berkuat kuasa 5 Jun sehingga 18 Jun 2021.

“PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, PKPD dilaksanakan di Kampung Sugud, Penampang, Sabah selama 14 hari, bermula lusa.

Jelasnya, sehingga kini, KKM melakukan 29 ujian saringan dan 12 daripadanya disahkan positif.

Peningkatan kes amat ketara turut disahkan berlaku dalam masa singkat dengan kadar kebolehjangkitan tinggi di lokaliti itu.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Sugud, Penampang, Sabah berkuat kuasa 5 Jun sehingga 18 Jun 2021. 

“PKPD ini memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes COVID-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.