nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

103,500 Warga KL Telah Disaring Setakat Julai ini

3 JUN: Seramai 103,500 orang penduduk di 27 lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dijangka bakal mendapat manfaat daripada program saringan COVID-19 secara bersasar. 

Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata pihaknya memandang serius akan peningkatan kes-kes aktif COVID-19 di Wilayah Persekutuan (WP) khususnya WP Kuala Lumpur.

Sebagai langkah kawalan dan pencegahan, beliau berkata, KWP melalui DBKL dan Yayasan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama agensi kerajaan dan pihak swasta akan menjalankan projek rintis Saringan Komuniti Bersasar Covid-19 (RTK-Ag) di kawasan hot spot berkepadatan tinggi terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) DBKL.

“Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mewujudkan pusat ujian saringan komuniti Covid-19 jenis RTK-Ag secara percuma untuk warga Wilayah Persekutuan. Usaha yang dijalankan bertujuan untuk pengesanan awal kes positif COVID-19 sekaligus mengekang penularan wabak ini.  

“Program saringan Covid-19 RTK-Ag di Wilayah Persekutuan melibatkan dua fasa pelaksanaan, bagi fasa pertama ianya melibatkan 50,000 orang dari 15 PA/PPR DBKL terpilih. Empat lokasi awal adalah PA Seri Sabah 3A, PA Seri Sabah 3B, PA Seri Pulau Pinang dan PA Seri Kota. Pada peringkat awal, saringan ini dikendalikan oleh satu pasukan di setiap PA/PPR dengan kapasiti 200 hingga 300 orang disaring sehari. 

“Pelaksanaannya  mengikut SOP yang ketat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan dikawal selia oleh PDRM, ATM dan RELA. Antara agensi lain yang terlibat ialah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, COVID-19 Immunisation Task Force (CITF), Jabatan Penerangan Kuala Lumpur dan pasukan sukarelawan yang turut membantu petugas dalam kelancaran proses saringan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Annuar memaklumkan plaksanaan program ini merupakan antara tujuh Inisiatif Wilayah Cakna 5.0 (IWC) 5.0 untuk kemudahan serta mengurangkan beban warga Wilayah Persekutuan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya B40 dan miskin bandar. 

“Komuniti PPR/PA DBKL boleh mendapatkan perkhidmatan saringan Covid-19 secara percuma, mudah, cepat, selamat, tanpa perlu membayar apa-apa. Keseluruhan, Kementerian menyasarkan pelaksanaan saringan ini ke 27 PPR/PA DBKL menjelang hujung bulan hadapan.

“Ia sebagai salah satu usaha pencegahan dan kawalan penularan COVID-19 yang bersasar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Saringan ini juga dibuat secara percuma kepada komuniti Kampung Sungai Penchala selama dua  hari kerana mempunyai bilangan warga emas yang agak tinggi, “katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.