nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Kes kematian kembali lepasi paras 100

5 JUN: Kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia kembali meningkat kepada 109 kes hari ini berbanding hanya 89 kes semalam dengan kes baharu positif harian menurun kepada 7,452 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 di Malaysia sehingga jam 12 tengah hari tadi ialah 3,291 kes atau 0.54 peratus daripada 610,574 kes kumulatif.

Beliau berkata daripada 109 kes kematian hari ini 105 individu adalah warganegara, manakala empat lagi kes maut membabitkan bukan warganegara Malaysia.

“Sebanyak 109 kes kematian hari ini  membabitkan 33 kes di Selangor, 22 kes di Johor, 12 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sembilan kes di Negeri Sembilan, enam kes di Kelantan, masing-masing lima kes di Kedah dan Melaka.

“Selain itu, empat lagi kematian dilaporkan berlaku di Perak, tiga kes di Labuan, masing-masing dua kes di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Pahang, serta masing-masing satu kes di Terengganu dan Putrajaya.

“Jumlah kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hari ini pula meningkat kepada 886 kes berbanding 883 kes semalam dengan 459 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham juga mengesahkan KKM mengesan 24 lagi kluster baharu COVID-19 di Malaysia hari menjadi jumlah kumulatifnya 2,308 kluster termasuk 1,607 kluster sudah tamat  dan 701 kluster masih aktif.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata survelan genomik untuk virus SARS-CoV-2 dijalankan secara berterusan dari 24 Mei 2021 hingga 4 Jun 2021 lalu mengesan, sebanyak 19 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang dilaporkan di mana kesemuanya adalah Variant of Concern (VOC) iaitu empat (4) kes varian Delta (B.1.617.2) dan 15 kes varian Beta (B.1.351).

“Kes baharu varian Delta (B.1.617.2) yang dahulunya dikenali sebagai varian India adalah sebanyak tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan dan satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Kesemua tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Labuan adalah jangkitan dari luar negara yang merupakan kes-kes dari kluster Layangan Labuan. Manakala satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah jangkitan tempatan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata bagi 15 kes baharu varian Beta (B.1.351) yang dahulunya dikenali sebagai varian South Africa pula, sebanyak enam (6) kes dilaporkan di Johor, lima (5) kes di Kelantan serta masing-masing satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, dan Terengganu. Kesemua kes adalah merupakan jangkitan tempatan.

“Sehingga 4 Jun 2021, jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai VOC dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 138 kes.   Daripada jumlah yang dikesan tersebut,  122 kes adalah VOC dan 16 kes adalah VOI,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.