nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pelaksanaan Mageran merencatkan perancangan kerajaan

10 JUN: Ini bukanlah masa yang sesuai untuk sesetengah pihak menggesa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bagi mewujudkan sebuah badan berkuasa mutlak seperti Majlis Gerakan Negara (Mageran). 

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Dr Marzuki Mohamad menegaskan, ia adalah langkah ke belakang kerana kerajaan mempunyai mekanisme bersesuaian bagi mengurus darurat menerusi darurat kesihatan dan bukannya darurat keselamatan.

Sehubungan itu, menurut beliau, cadangan mewujudkan Mageran akan merencatkan perancangan kerajaan dan segala usaha penjawat awam, barisan hadapan, pihak industri serta rakyat untuk memulihkan negara daripada krisis kesihatan dan ekonomi.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membuat pengumuman mengenai pelaksanaan Darurat 2021 juga menegaskan bahawa perisytiharan darurat oleh Seri Paduka Baginda bukan bermakna negara kita berada di bawah pentadbiran yang berkuasa mutlak seperti pemerintahan ala tentera.

“Kerajaan sivil atau ‘a civilian government’ masih berfungsi dan ciri ‘civilian government’ ini mesti dipertahankan sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa. 

“Keadaan yang dihadapi negara pada masa ini amat berbeza dengan situasi pada tahun 1969 di mana darurat diisytiharkan susulan tercetus rusuhan kaum yang mengorbankan nyawa,” katanya menerusi video mengemai pengurusan darurat di Facebook miliknya, hari ini. 

Terdahulu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad telah membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu Majlis Gerakan Negara (Mageran) bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara.

Bekas Perdana Menteri itu turut menyenaraikan empat krisis yang dihadapi negara ketika ini iaitu kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik yang diyakini mampu diatasi dengan penubuhan Mageran ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini. 

Dr Mahathir menjelaskan, Mageran 1969 dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Tun Abdul Razak Hussein telah berjaya menyelesaikan masalah politik apabila mengajak parti lawan menyertai kerajaan malah majlis itu juga telah menstabilkan politik dan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Marzuki memaklumkan Malaysia tidak berhadapan dengan darurat keselamatan sebaliknya darurat kesihatan, malah negara juga mempunyai kabinet yang sedang berfungsi.

Menurut beliau, kerajaan bukan sahaja sedang mengurus pandemik tetapi turut mengurus kebajikan dan kehidupan rakyat menerusi pelbagai kementerian serta jabatan yang sedang berfungsi untuk menyampaikan pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat.

“Kabinet yang bersidang setiap Rabu itu membincangkan pelbagai keputusan bukan sahaja mengenai Covid-19, malah melibatkan pentadbiran negara, pengurusan ekonomi, kebajikan rakyat, kewangan, keselamatan, pertahanan, pendidikan, hubungan antarabangsa dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran negara secara keseluruhannya. 

“Ini termasuk melalui pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan yang telah diumumkan kerajaan termasuk yang terbaharu Pemerkasa Tambahan bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal berjumlah RM5 bilion.

“Penyampaian bantuan-bantuan itu mesti diteruskan oleh kementerian dan agensi berkaitan yang berfungsi di bawah pentadbiran sivil tanpa gangguan oleh mana-mana pihak yang berkuasa mutlak,” katanya.

Sementara itu, Marzuki memaklumkan, kerajaan juga mempunyai beberapa mekanisme khusus untuk menangani pandemik Covid-19; antaranya melalui Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang berlangsung sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga mengadakan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Darurat yang bersidang sekurang-kurangnya sekali seminggu dan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin yang bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). 

“Kita memang berharap agar keadaan kembali pulih seperti sediakala. Apabila hampir kesemua penduduk negara kita telah menerima vaksin dan kita telah mencapai imuniti kelompok yang dijangka sebelum akhir tahun ini, InsyaAllah, sektor-sektor ekonomi dan sosial akan dibuka semula. Kita akan lebih selamat daripada dijangkiti Covid-19,” katanya.

“Saya yakin pada ketika itu aktiviti politik dan proses demokrasi juga berlangsung dengan lebih rancak. Bukan sahaja nak adakan sidang Parlimen, nak adakan pilihan raya pun boleh.

“Jadi, buat masa ini, kita tumpukan dahulu usaha kita untuk mengatasi masalah COVID-19 dengan proses vaksinasi sedang giat berjalan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

“Saya percaya kita memerlukan sedikit masa sahaja lagi untuk keluar dari krisis sedang membelenggu kita pada masa ini,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.