nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Safiey perlu dikenakan tindakan tegas – Zuraida

11 JUN: Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas usahawan kosmetik Safiey Ilias kerana melakukan komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak di bawah umur, kata Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL), Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, perbuatan itu bukan sahaja tidak bermoral, malah menyalahi undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- Kanak 2017 kerana berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah terhadap kanak-kanak.

“Saya mengikuti perkembangan berita penahanan usahawan kosmetik, Safiey Ilias berhubung tindakannya bersama individu lain yang didakwa membuat komunikasi lucah dan amang seksual membabitkan kanak-kanak di bawah umur menerusi sebuah video tular sejak 9 Jun lalu, seperti dilaporkan media.

“Saya juga berharap semua pihak menghentikan penyebaran video terbabit bagi mengelak ketidakselesaan kepada masyarakat awam dan dikhuatiri menyumbang kepada masalah sosial dalam kalangan anak-anak kita,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Selain itu, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menasihatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti harian anak masing-masing supaya tidak terjebak dalam perkara tidak bermoral.

“Apatah lagi ketika ini gajet seperti telefon bimbit adalah medium perhubungan dan alat komunikasi asas penting buat mereka, khususnya ketika pembelajaran dalam talian. 

“Saya juga menyeru kepada semua influencer atau pengguna media sosial berpengaruh supaya memanfaatkan medium terbabit dengan sebaik mungkin, terutama ketika Malaysia dan dunia menghadapi pandemik COVID-19, malah semua pihak seharusnya saling menyebar luas perkongsian maklumat bermanfaat. 

“Justeru, inilah masanya untuk influencer media sosial menasihatkan pengikut media sosial mereka untuk mendaftarkan diri dalam Program Imunisasi COVID-19 Vaksinasi Kebangsaan (PICK) mengikut garis panduan dikeluarkan kerajaan, sebagai usaha kita bersama dalam memerangi COVID-19,” katanya.

Sejak semalam, tular di media sosial tindakan Safiey dan seorang individu dikenali sebagai ‘pipinatasha’ yang didakwa mengadakan sesi siaran langsung menerusi Instagram (IG Live) bersama dua kanak-kanak lelaki di bawah umur.

Menerusi sesi itu, kedua-dua mereka didakwa melakukan perkara tidak senonoh yang menjadi tatapan kanak-kanak terbabit, termasuk berpakaian seksi dan menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik.

Polis kemudian menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang pensyarah yang menyaksikan video paparan IG Live berkenaan melalui satu pautan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dalam kenyataannnya kepada media memaklumkan, kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Bangi, mengenakan perintah reman tiga hari kepada Safiey yang menggunakan akaun Instagram ‘safieyillias94’ dan pemilik akaun ‘pipinatasha’, bermula hari ini sehingga Ahad. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.