nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

10,300 warga asing disahkan positif COVID-19

14 JUN: Lebih 10,300 pekerja asing pelbagai sektor di seluruh negara disahkan positif COVID-19 selepas kerajaan mewajibkan mereka menjalani ujian saringan wabak berkenaan, sejak 1 Februari lalu.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri berkata berdasarkan laporan Kementerian Sumber Manusia (KSM) sehingga kini seramai 698,996 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 36,236 majikan.

“Daripada jumlah itu, seramai 10,351 orang telah disahkan positif COVID19 manakala 688,645 lagi adalah negatif. Sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan program saringan seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, hampir 1,000 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana melakukan pelbagai kesalahan melanggar prosedur operasi standar (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) di seluruh negara, semalam.

ISMAIL SABRI

Katanya, daripada 958 ditahan PDRM semalam 910 individu dikompaun, 47 direman dan seorang lagi dijamin.

Jelasnya, antara kesalahan paling banyak dilakukan ialah tiada penjarakan fizikal (232), diikuti merentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (196), tidak memakai pelitup muka (135), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (112) dan tidak patuh arahan kawalan pergerakan (105).

Tambahnya, seramai 63 individu pula ditahan kerana membawa penumpang berlebihan, 38 individu ditahan kerana terbabit dengan aktiviti pusat hiburan, premis gagal patuhi arahan (8) dan lain-lain (69).

“Pihak berkuasa juga menahan 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) manakala lapan kenderaan darat dan empat bot dirampas dalam Ops Benteng di seluruh negara, semalam.  

“Dalam operasi itu, sebanyak 207 buah bot turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.