nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tanggungjawab Rakyat Taati Perlembagaan Persekutuan

14 JUN : Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz menyokong cadangan Persatuan Peguam Muslim Malaysia agar kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan klausa mengenai tanggungjawab warganegara.

Namun, Shamrahayu menegaskan walaupun cadangan itu tidak dilaksana, ia tidak menjejaskan tanggungjawab rakyat untuk menghormati dan memahami setiap perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Menurut beliau, ini kerana sudah menjadi satu kewajipan dan kemestian bagi setiap warganegara Malaysia mendokong kedaualatan perlembagaan itu dan menghormati setiap peruntukan yang ada di dalamnya. 

“Kita mahu perkara ini ada dalam jiwa setiap rakyat mahupun pemimpin itu sendiri untuk tahu mentafsir perlembagaan. Pada saya kalau tiada peruntukan (Pindaan) dalam perlembagaan, ia masih lagi meletakkan tanggungjawab untuk warganegara Malaysia mentaati dan memahami Perlembagaan Persekutuan. 

SHAMRAHAYU

“Walaupun saya setuju pinda perlembagaan namun kalau tak pinda pun tak mengapa kerana sudah menjadi tanggungjawab taat setia rakyat kepada Raja dan Negara termasuk mengangkat keluhuran peruntukan undang-undang di dalam perlembagaan,”katanya ketika dihubungi wartawan PN BBC Portal, hari ini. 

Semalam, Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mencadangkan perkara itu kerana masyarakat pada masa ini sudah mula ‘diajar’ mementingkan hak asasi manusia, berbanding dengan tanggungjawab warganegara diterapkan pihak tertentu.

Keadaan itu, katanya, berkemungkinan disebabkan pihak berwajib kurang mengambil tindakan sepatutnya, sekali gus menyebabkan individu merasakan tidak salah mencetuskan sensitiviti beragama dan perkauman.

Beliau berkata, keadaan itu juga sebenarnya sudah menjadi ‘barah’ dalam kalangan masyarakat, terutama umat Islam yang merasa tercabar dan tidak dipedulikan.

Dalam pada itu, Shamrahayu yang juga merupakan Penyandang Kursi Institut Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM) memberitahu, hukuman yang termaktub di bawah undang-undang negara ketika ini dilihat memadai. 

Beliau berkata, apa yang penting adalah penjiwaan rakyat sendiri dalam mentaati perkara yang termaktub dalam perlembagaan dan jika gagal, ini membuktikan mereka tidak bermoral dan boleh diambil tindakan undang-undang.

“Peruntukan sedia ada ketika ini sebagai contoh jika orang membenci atau menghina institusi diraja, mereka akan dituduh di bawah Akta Hasutan. Jadi, kalau nak pinda undang-undang itu bagus. 

“Namun, kalau tak dipinda bukanlah bermaksud rakyat tidak perlu taat kepada perlembagaan kerana dah menjadi sebati dan tanggungjawab taat setia rakyat terhadap perlembagaan negara,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.