nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mahkamah Tinggi tolak writ saman Steven terhadap pensyarah

18 JUN: Mahkamah Tinggi Georgetown, hari ini menolak writ saman dikemukakan Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim ke atas Pensyarah Kanan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff kerana ‘mengalami kecacatan’.

Writ saman difailkan Steven pada 19 Mei 2021 itu ditolak Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown, Puan Umma Devi Loganathan.  

Peguambela Kamarul, Harris Mohan Abdullah, berkata beliau membuat bantahan ke atas writ saman difailkan peguambela Steven, R Nethaji Rayer ketika ketika pengurusan kes terbabit.

“Dalam pengurusan kes pagi ini, Pendaftar Mahkamah Tinggi Georgetown bersetuju dengan bantahan saya bahawa writ itu cacat kerana salah kod, menyebabkan Steven yang diperintahkan membayar kos kepada Kamarul, menarik balik dokumen itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula pada masa depan.

“Saya tidak faham bagaimana seorang peguam seperti Rayer yang juga Ahli Parlimen DAP Jelutong boleh membuat kecacatan begitu dan ini adalah satu kemenangan moral kepada Dr Kamarul bagi meneruskan saman kepada pihak-pihak memfitnah beliau,” katanya menerusi kenyataan.

Pada 20 April lalu, Steven mengumumkan menerusi Facebook yang beliau sudah mengarahkan peguambelanya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kamarul.

Tindakan itu diambilnya selepas beliau amat terkesan dengan fitnah dan tohmahan pensyarah terbabit yang didakwa merosakkan nama beliau sebagai Ahli Parlimen.

Dalam writ dikemukakannya itu, Steven menyebut Kamarul membuat fitnah kepada beliau dan DAP, antaranya menyebut Steven adalah seorang ‘Evangelis Kristian’ serta orang beragama Islam perlu sangat berhati-hati dan was-was apabila menerima apa-apa bantuan kewangan atau kebajikan daripada Steven.

Kamarul juga didakwa mengatakan DAP boleh mengancam dan memudaratkan keutamaan serta kepentingan Islam sebagai agama rasmi negara Malaysia, selain parti itu dengan sengaja mencari publisiti untuk kerja amal dan kebajikan dibuat wakil rakyatnya.

Sebelumnya, Kamarul menyaman Steven kerana memfitnah beliau apabila menyebut motosikal diberikan kepada penerima bantuan itu tidak wujud, malah kedai menjual motosikal berkenaan tidak boleh dikesan.

Pada masa sama, Dr Kamarul mengambil tindakan terbabit kerana Steven memfitnahnya dengan mengatakan beliau mengganggu penerima bantuan motosikal dan keluarganya serta melakukan perbuatan melampau apabila menawarkan RM2,000 kepada penerima bantuan semata-mata untuk menyerangnya.

Ketika dihubungi, Kamarul mengesahkan perkara itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya kerana beranggapan perkara teknikal terbabit bukan isu besar.

“Saya sedar beberapa pihak yang saya saman sering menghebahkan kononnya saya kalah kes dan terpaksa membayar kos kepada mereka, sedangkan itu hanyalah merujuk kepada bantahan awal pada peringkat pengurusan kes sahaja.”

“Beberapa pihak yang saya saman juga turut terpaksa membayar kos kepada saya bila bantahan awal mereka ditolak mahkamah, tetapi saya tidak mahu membesar-besarkan hal ini kerana ia hanyalah perkara teknikal,” katanya.

Menurut Kamarul, beliau yakin dengan kemampuan peguambelanya untuk mengendalikan kes itu dan kes lain, iaitu Faidhur Rahman Abdul Hadi.

Pensyarah itu mendapat perhatian ramai kerana keberaniannya mengemukakan saman fitnah terhadap ramai pemimpin DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Chong Chieng Jen, Steven Sim, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Lim Lip Eng dan Wong Kah Woh, Khalid Samad serta Hanipa Maidin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.