nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Syed Abdul Aziz dilantik CEO Bank Rakyat baharu

19 JUN: Datuk Syed Abdul Aziz Syed Hassan dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bank Rakyat berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang dibuat berdasarkan prestasi baik Syed Abdul Aziz ketika menggalas tugas sebagai Pemangku CEO Bank Rakyat sejak 14 November lalu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata antara pencapaian beliau semasa dalam tempoh itu adalah memastikan prestasi kewangan bank mencatatkan keuntungan memberangsangkan dengan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.44 bilion.

“Selain itu, satu lagi pencapaian adalah pembayaran dividen sebanyak 13 peratus kepada anggota bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 walaupun situasi ekonomi berhadapan dengan kemelut COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Junaidi berkata, kredibiliti Syed Abdul Aziz juga dapat dilihat semasa beliau dilantik sebagai CEO Rakyat Holdings Sdn Bhd, anak syarikat Bank Rakyat.

“Antara kejayaan beliau adalah menyiapkan pembangunan Menara Kembar Bank Rakyat dengan kos yang terkawal yang kini menjadi mercu tanda pejabat korporat Bank Rakyat di Jalan Rakyat.

“Pelantikan ini juga bertepatan dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau dalam pengurusan korporat untuk bersama-sama mentadbir dan mengukuhkan urus tadbir korporat Bank Rakyat,” katanya.

Syed Abdul Aziz adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Ohio University, Amerika Syarikat (AS) dan pernah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.

Semasa perkhidmatannya di Bank Rakyat, beliau pernah memegang beberapa jawatan kanan termasuk Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi; Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat serta ahli Majlis Eksekutif Bank Rakyat.

Sebelum itu, beliau berkhidmat di beberapa syarikat pembinaan dan hartanah, iaitu PECD Bhd dan selama 13 tahun Island & Peninsular Bhd (I&P).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.