nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KKM kaji pendekkan tempoh pemberian dos Astrazeneca

19 JUN: Kerajaan sedang mengkaji sama ada tempoh masa pemberian dos kedua AstraZeneca boleh dipendekkan daripada 12 minggu seperti dilaksanakan kini kepada enam minggu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kajian itu bergantung kepada laporan pakar terhadap situasi COVID-19 negara, sama ada penerima memerlukan kesan perlindungan maksimum daripada dos kedua dengan lebih cepat.

“Kita masih perlu melakukan aktiviti penjujukan genom berterusan untuk mengesan, jika wujud varian baharu COVID-19 lebih ganas yang akan mengganggu keberkesanan vaksin AstraZeneca.

“Keputusan akan dibuat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) jika tempoh dos kedua perlu diberi dalam masa lebih cepat,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Dr Adham berkata, kerajaan juga akan mengkaji laporan pakar kesihatan negara dan pihak berkuasa kesihatan Australia, berikutan negara berkenaan menghentikan penggunaan AstraZeneca kepada rakyat 60 tahun ke bawah, susulan terdapat kebimbangan vaksin itu ada kaitan dengan kejadian darah beku untuk golongan terbabit, terutama bagi bekalan dikeluarkan pembekal dari Thailand yang bakal tiba Julai ini.

ADHAM

“Pakar-pakar kita akan membuat penilaian kembali sama ada AstraZeneca kali ini sesuai diberikan kepada 60 tahun ke bawah,” katanya.

Malaysia sebelum ini membuat perolehan vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca melalui dua kaedah, iaitu secara terus dengan pengeluar dan melalui fasiliti COVAX.

Jelasnya, setakat ini menurut data secara keseluruhan vaksin AstraZeneca tidak melaporkan sebarang kemudaratan teruk, terhadap penerima di Malaysia.

Selain itu, Dr Adham berkata, kerajaan menjalankan kaedah ‘suntik dahulu, daftar kemudian’ bagi golongan yang sukar mendapat akses pendaftaran vaksinasi, terutama penduduk di kawasan pedalaman.

Usaha itu, katanya, dijalankan dengan mengaktifkan pasukan bergerak membabitkan kerjasama pelbagai kementerian bagi menjejaki golongan sasaran yang sepatutnya menerima vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pada fasa dua, kita sasarkan untuk suntik 9.4 juta penerima, tetapi hingga kita dapati hanya 4.4 juta sudah berdaftar menerusi MySejahtera, jadi kita sedang sedaya upaya mengerah pasukan bagi kita mencapai semua penerima ini, sebelum kita boleh teruskan dengan fasa ketiga,” katanya.

Sementara itu, Dr Adham berkata, rakyat sudah divaksin perlu kekal melakukan tindakan kesihatan awam kendiri, agar risiko penularan jangkitan dapat dibendung dengan berkesan.

“Masih ada kebarangkalian untuk individu sudah diberikan vaksin mendapat jangkitan COVID-19 kerana kita masih terdedah kepada risiko jangkitan virus itu, memandangkannya sudah berada dalam komuniti.

“Norma baharu seperti memakai pelitup muka, kerap mencuci tangan, menjaga jarak fizikal dan elak daripada mengunjungi tempat sesak serta elak daripada bersentuhan perlu terus diamalkan,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, vaksinasi COVID-19 berfungsi melindungi penerima daripada mendapat jangkitan lebih teruk dan kerajaan melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan memastikan apa-apa sahaja imunisasi digunakan dipastikan selamat, berkesan serta berkualiti tinggi.

Berhubung pemberian vaksin membabitkan individu berusia 12 sehingga 17 tahun, katanya, KKM sedang merangka strategi bagi memberikan suntikan imunisasi kepada golongan itu yang berjumlah 3.5 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.