nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jangan hina, burukkan pegawai kerajaan secara terbuka

22 JUN: Masyarakat tidak seharusnya menghukum pegawai jabatan kerajaan dengan melemparkan hinaan dan kata kesat secara terbuka di media sosial, memandangkan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas.

Penganalisis Jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, tindakan itu juga memburukkan nama baik jabatan dan imej negara, terutama dalam kalangan orang luar.

“Sepatutnya masyarakat, terutama netizen boleh mengemukakan maklumat-maklumat dan aduan apa yang mereka tidak puas hati menerusi saluran tertentu serta betul kepada pihak berkuasa.

“Jadi tidak perlulah netizen menghina dan mengeluarkan kata kesat menerusi media sosial secara terbuka, malah tindakan ini tidak baik kepada keseluruhan rakyat serta memburukkan agensi penguatkuasaan di mata warga asing.

“Hinaan dan kata kesat yang begitu teruk sekali dilemparkan kepada agensi penguatkuasaan negara ini memang saya tidak boleh terima,” katanya kepada Portal PN BBC.

Beliau mengulas satu video memaparkan seorang lelaki dipercayai peniaga di Pasar Borong Selangor yang bertindak melemparkan hinaan dan kata kesat kepada pegawai dan Jabatan Imigeresen (Imigresen) berhubung dakwaan pusat jualan itu dikendalikan warga asing.

Menerusi video berdurasi 20:04 yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu itu, lelaki terbabit yang sedang memandu kenderaan menyalahkan Imigresen di atas situasi itu dengan berulang kali mengeluarkan pelbagai hinaan dan kata kesat, termasuk mengatakan pihak penguatkuasa berkenaan ‘buta, makan rasuah, tidak guna, bodoh dan agensi harus ditutup’.

Selain itu, Shahul Hamid berkata, bagi menangani isu pasar borong atau pusat perniagaan membabitkan warga asing sekiranya perkara berkenaan masih wujud, semua pihak berkuasa, termasuk Imigresen, PDRM dan PBT perlu mengambil peranan sebaik mungkin, termasuk mengadakan pemeriksaan berkala serta memastikan golongan terbabit tidak mengendalikan perniagaan di situ.

“Betul lah jika warga asing ini terletak di bahu Imigeresen, tetapi apabila membabitkan pasar borong dan isu tertentu, PBT dan PDRM juga harus memainkan peranan, sama-sama membanteras.

“Sememangnya warga asing tidak dibenarkan mengendalikan dan membuka perniagaan di situ, walau sewa ke apa memang tak boleh berniaga, jadi kena ambil tindakan sekiranya masih berlaku,” katanya. – Oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.