nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Ekonomi Malaysia kembali pulih suku ke-4 2021

23 JUN: Kerajaan menjangkakan sektor ekonomi Malaysia kembali pulih secara beransur-ansur mulai suku keempat 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata peningkatan semula kes COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh (PKP 3.0) mulai 1 Jun lalu memberi kesan kepada usaha pemulihan ekonomi negara.

Berikutan itu, Mustapa berkata kerajaan ketika ini sedang menilai kembali impak pelaksanaan PKP 3.0 dan Pelan Pemulihan Negara terhadap ekonomi Malaysia.

“Jika usaha kerajaan, termasuk pemberian vaksinasi dan pelaksanaan PKP, disokong pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, Malaysia mampu mencatat pemulihan memberangsangkan pada suku ke-4 tahun ini.

“Melihat ke hadapan, Unit Perancang Ekonomi akan terus bekerjasama dengan hab pertumbuhan dan kewangan yang mampan oleh Kumpulan Bank Dunia di Kuala Lumpur,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena pelancaran secara maya laporan ‘The Malaysia Economic Monitor’ edisi Jun 2021 (MEM 2021) bertajuk ‘Weathering The Surge’ yang dikeluarkan Bank Dunia pagi ini.

Mengulas lanjut, Mustapa berkata, kerajaan mengambil maklum jangkaan pertumbuhan dalam negara kasar (KDNK) oleh Bank Dunia yang menyemak semula unjuran kepada 4.5 peratus untuk tahun ini.

Bagaimanapun, Mustapa berkata unjuran berkenaan adalah lebih rendah berbanding jangkaan kerajaan iaitu antara 6 dan 7.5 peratus.

“Ekonomi negara sebelum ini berada pada landasan tepat bagi pemulihan ekonomi sebelum Mei tahun ini yang disumbangkan peningkatan prestasi kadar KDNK sebenar 0.5 peratus pada suku pertama dan pemulihan kukuh berdasarkan beberapa petunjuk ekonomi.

“Namun, proses pemulihan itu terjejas ekoran peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan PKP 3.0. Ketika fokus laporan (MEM 2021) hari ini tertumpu kepada impak segera pandemik, penting untuk kita fahami trajektori jangka sederhana dan panjang, bagi memastikan pertumbuhan Malaysia berlandaskan produktiviti dan inovasi.

“Sehubungan itu, Malaysia komited meneruskan proses rundingan antara sektor awam dan swasta, bagi membolehkan kerajaan merangka polisi, mempromosi kefahaman mengenai impak COVID-19 terhadap ekonomi, serta keadaan selepas pemulihan COVID-19, dengan lebih baik,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.