nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pendirian MP UMNO, BN Redakan Suhu Politik Negara

24 JUN: Pendirian Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tidak menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sekiranya Parlimen bersidang merupakan satu langkah tepat tatkala UMNO kini berdepan krisis kepercayaan antara pemimpinnya. 

Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri berkata, perakuan daripada Ahli Parlimen parti UMNO dan BN itu juga mampu untuk meredakan suhu politik negara. 

“Kenyataan daripada Ismail Sabri dan Ahli Parlimen BN yang lain merupakan tindakan tepat bagi UMNO untuk terus memberikan komitmen terutamanya mereka memegang jawatan dalam Kabinet bersama kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19. 

“Ini merupakan satu langkah baik dan terpuji dan kita sedar bahawa keadaan UMNO sejak dua tiga hari ini sedang berhadapan krisis dengan kenyataan daripada Presiden sendiri bahawa Parlimen perlu bersidang 14 hari selepas notis dikeluarkan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Achmad Dzariean menyakini tindakan sama juga akan dilakukan menteri-menteri Kabinet yang lain untuk terus bekerja sebagai satu pasukan bagi menamatkan pandemik. 

“Tindakan itu sekali gus mampu menaikkan imej parti UMNO di mata rakyat sebagai satu contoh teladan pemimpin UMNO yang baik. 

“Sifat itu mencerminkan rasa tanggungjawab dan dan responsif daripada kepimpinan tertinggi UMNO untuk sama-sama membantu kerajaan dalam menangani wabak COVID-19,” katanya. 

Semalam, Ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN bersetuju supaya Parlimen bersidang semula mengikut Peraturan Mesyuarat sedia ada atau mengikut apa-apa kesesuaian pindaan yang diperlukan.

Ismail Sabri berkata, mereka memang menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang telah diadakan pada 16 Jun 2021.

Beliau menegaskan, Ahli Parlimen daripada parti UMNO/BN juga sepakat untuk terus mendukung Pelan Pemulihan Negara yang telah dibentangkan oleh Kerajaan sebagai suatu usaha dalam memperkasa langkah-langkah kawalan penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Tambah beliau, Menteri serta Timbalan Menteri daripada parti UMNO/BN akan memastikan komitmen sepenuhnya dalam melaksanakan tugas dan peranan masing-masing terutamanya melibatkan tugas dan portfolio yang berkait secara langsung dalam mengekang penularan COVID-19, pelaksanaan vaksinasi serta pemulihan ekonomi rakyat dan negara. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.