nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Apandi Pertahan Kenyataan Idrus Harun

28 JUN : Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mempertahankan kenyataan Tan Sri Idrus Harun yang menegaskan kuasa memanggil Parlimen bersidang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Jemaah Menteri berdasarkan Perkara 55 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Mohamed Apandi berkata, ini kerana Peguam Negara (AG) itu berhak menyatakan pandangan beliau dari segi undang-undang secara terbuka mengenai pembukaan semula persidangan Parlimen.

“Tiada yang salah kerana AG menjelaskan kedudukan tersebut di bawah peruntukan Perlembagaan Persekutuan. 

“Namun, Idrus harus tampil membuat kenyataan di khalayak ramai kerana isu tersebut menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat,” katanya kepada media, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kritikan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bahawa kononnya Idrus meremehkan pandangan Majlis Raja-raja dan Agong mengenai persidangan semula Parlimen.

Kenyataan tersebut dikeluarkan secara bersama daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ketiga-tiga mereka juga mendakwa kononya kenyataan Idrus telah mengenepikan semangat perlembagaan dan memberi gambaran bahawa peguam negara mengenepikan institusi Raja-Raja Melayu.

Sementara itu, Tan Sri Tommy Thomas yang merupakan bekas AG dari tahun 2018 sehingga Febuari tahun lalu meluahkan kekecewaan gesaan pembangkang agar penggantinya itu dipecat.

Tommy menegaskan undang-undang yang dirujuk bagi gesaan itu adalah terbuka kepada pentafsiran yang menegaskan bahawa pendapat undang-undang bukan bermaksud untuk menjadi popular atau mencari sesuatu kepentingan. 

“Undang-undang tidak ada hitam putih mengenai perkara ini. Terdapat banyak kawasan kelabu. Ini adalah bidang perundangan yang sukar dan kompleks.

“Semua orang berhak atas pendapat mereka. Anda harus bersetuju untuk tidak bersetuju. Itulah undang-undang. AG tidak boleh dipecat kerana ada yang tidak bersetuju dengan pendapat undang-undangnya,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.