nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kerajaan Negeri Tidak Dibenar Longgar SOP

29 JUN: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Kerajaan negeri tidak dibenarkan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN). 

Beliau berkata, MKN telah memutuskan satu SOP sama diguna pakai di seluruh negara dan negeri tidak sepatutnya melaksanakan tindakan membuat SOP sendiri.

“Kita pernah mempunyai prinsip khas iaitu mereka (kerajaan negeri) dibenar memperketat SOP, tetapi kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP yang sedang berkuat kuasa.

“Contoh, kedai makan dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 malam. Jika kerajaan negeri hendak menetapkan ia hanya beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam, kita akan benarkan. 

ISMAIL SABRI menyatakan bahawa negeri hanya boleh mengetatkan bukannya melonggar SOP PKP.

“Tetapi jika kerajaan negeri benarkan operasi hingga 12 tengah malam, ini tidak boleh,” katanya kepada media selepas melawat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai keputusan kerajaan Sabah membenarkan makan di restoran bermula Selasa, berbeza dengan SOP yang dikeluarkan oleh MKN.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri memberitahu, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada wakil kerajaan Sabah pada Mesyuarat Sidang Khas MKN, semalam.

Sementara itu, ditanya mengenai permohonan negeri-negeri yang merekodkan kes COVID-19 rendah untuk melonggarkan SOP semasa Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara, beliau berkata, perkara tersebut sedang diteliti oleh MKN dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.

Menurut Ahli Parlimen Bera itu, kelonggaran SOP pernah diberikan kepada negeri yang mencatat kes COVID-19 yang rendah sebelum ini, namun tindakan itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Oleh itu, kita cadangkan nilai ambang peringkat nasional, tetapi ada yang berpendapat ini tidak adil bagi negeri seperti Perlis yang hanya merekodkan kes satu digit sehari kerana mereka tidak boleh (beralih) dari Fasa Satu (Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara) kerana terpaksa mengikut nilai ambang peringkat nasional.

“Jadi semalam kita bincang, kita bincang dari segi nilai ambang ini. Insya-Allah, kita akan perincikan dan bila sampai masa, kita akan umum, mungkin negeri akan gunakan jumlah kes per 100,000 penduduk jadi ia lebih adil kepada semua,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.