nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

PKP bersasar lebih praktikal – MTUC

29 JUN: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar adalah lebih praktikal dan bersesuaian dengan situasi semasa dialami negara ketika ini.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani penutupan keseluruhan sektor hanya akan memburukkan keadaan dan menjejaskan lagi ekonomi negara.

Menurut beliau, sudah tiba masanya kerajaan melaksanakan PKP bersasar hanya kepada Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana merupakan penyumbang terbesar kes COVID-19 di negara ini. 

“Jika total lockdown masih lagi dilaksanakan ini akan memberi kesan kemungkinan besar ramai pekerja diberhentikan dan banyak syarikat tutup dan memerlukan subsidi daripada kerajaan jika ingin terus bertahan. Jadi, PKP bersasar kali ini lebih tepat kerana hanya dilaksanakan dan difokuskan di kawasan ‘hotspot’ penularan dan jumlah kes yang tinggi sahaja. 

MOHD EFFENDY

“Selain itu, ini juga bagi memberikan keadilan kepada negeri-negeri yang merupakan zon hijau seperti Kedah dan Terengganu yang sepatutnya negeri ini boleh dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan bukannya PKP seperti sekarang. 

“MTUC berharap perkara ini terus dilakukan dengan teliti dan seimbang supaya keselamatan dan kesihatan rakyat terjamin serta pada masa sama memastikan ekonomi terus berjalan,” katanya ketika dihubungi PN BBC Portal, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan agar hanya negeri selangor perlu dilaksanakan PKP kerana penyumbang terbesar kes COVID-19 di Malaysia. 

Dalam pada itu, Mohd Effendy mencadangkan agar sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai kementerian terlibat bersama kerajaan negeri Selangor perlu ditubuhkan segera bagi menangani pandemik COVID-19 di negeri ini khususnya di Lembah Klang. 

Beliau berkata ini kerana terdapat kilang-kilang yang masih tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan lebih mengecewakan pihaknya menerima laporan terdapat kilang yang beroperasi tanpa kebenaran. 

“Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan bagi memfokuskan kawasan-kawasan yang tinggi dengan kes COVID-19 dan pelbagai agensi, pakar khususnya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) perlu dilibatkan. 

“Ini kerana kes tinggi di Selangor kebanyakannya berpunca dari kilang dan jika MITI dan agensi terlibat melaksanakan penguatkuasaan besar-besaran, sudah pasti kes di negeri ini dapat diturunkan. Justeru, jawatankuasa khas ini perlu ditubuhkan segera bagi memantau kes-kes di Lembah Klang dan Selangor,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.