nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bergabung Tangani Isu Kemurungan, Bunuh Diri

30 JUN: Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi akan bekerjasama erat dalam menangani masalah kemurungan yang semakin membimbangkan di negara ini sehingga ada yang mengambil tindakan membunuh diri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu berkaitan kemurungan sehingga menyebabkan bunuh diri telah dibincangkan sejak beberapa bulan lalu oleh pelbagai pihak termasuk kementeriannya, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kita akan juga berkolaboratif dan cuba sebaik mungkin. Sebab di sana ramai agamawan berkata cara merekalah yang terbaik, pihak kaunselor pula kata cara merekalah yang terbaik. 

ZULKIFLI

“Jadi bagi saya baik kita gabung semua,” katanya ketika ditemui media di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Kuala Terengganu, hari ini. 

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan semalam menyeru masyarakat untuk lebih cakna dan prihatin terhadap ahli keluarga dan orang sekeliling dalam mengenal pasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku membunuh diri.

Menurut beliau, pandemik COVID-19 memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

Malah, Noor Hisham memaklumkan sumber Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati terdapat peningkatan dalam kes bunuh diri yang dilaporkan pada 2020 iaitu 631 kes berbanding 609 kes pada 2019 dan sehingga Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri dilaporkan kepada PDRM.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, beliau juga bercadang untuk bertemu sendiri dengan individu yang mengalami kemurungan atau stres melampau untuk menyelami dan menyelesaikan masalah mereka.

“Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan bagi memastikan golongan sasaran segera dibantu dan masalah kemurungan akibat tekanan hidup dapat diatasi. 

“Ini termasuk bagi mereka yang memacakkan atau mengibarkan bendera putih di hadapan rumah yang dilihat amat memerlukan bantuan,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.