nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tujuh Lokaliti PKPD di Sabah, Sarawak Ditamatkan

30 JUN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti di Sabah serta Kampung Serikin dan Bau di Kuching, Sarawak akan ditamatkan esok seperti yang telah dijadualkan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD yang akan ditamatkan di Sabah ialah Kampung Bukit Gemuk dan Kampung Tanjung Batu Keramat di Tawau; Perumahan Etara, dan Jalan Agaseh di Lahad Datu dan Taman Lavender di Kudat. 

“Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesahkan berlaku penurunan kes dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dan nasihat KKM, Kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di kesemua lokaliti pada 1 Julai 2021 bermula 11.59 malam tengah malam ini seperti yang dijadualkan,” katanya menerusi perkembangan harian PPN dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), hari ini.

ISMAIL SABRI

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPD di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Negeri Sembilan bermula Jumaat ini berikutan terdapat peningkatan kes di kawasan tersebut.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, dua daripadanya akan dilaksanakan di Negeri Sembilan iaitu keseluruhan Penjara Jelebu kecuali Blok Muhasabah yang menempatkan Pusat Transit Tahanan (PTP)  dan Kuarters Kakitangan penjara itu di Jelebu. 

“Manakala selebihnya yang akan dilakukan PKPD adalah di Kampung Pangkal Jetas, Machang, Kelantan dan Taman Public, Kota Kinabalu, Sabah. Kesemua PKPD akan berkuat kuasa mulai 2 Julai sehingga 15 Julai 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk mengelakkan penularan ke dalam komuniti bersebelahan serta memudahkan KKM menjalankan aktiviti mengesan kontak rapat,” katanya. 

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu kerajaan juga bersetuju untuk melanjutkan

PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah.

Menurut beliau, ia dilakukan berikutan KKM mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta terdapat kes baharu direkodkan di lokaliti tersebut.

Dalam tempoh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melakukan 935 ujian saringan dan 89 daripadanya disahkan positif COVID-19.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di Kampung Landung Ayang, Kudat, Sabah bermula 2 Julai sehingga 15 Julai 2021,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.