nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sarawak belum bersedia bincang tarikh PRN ke-12

1 JULAI: Kerajaan Sarawak akan menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 selepas negeri berkenaan mencapai kadar imuniti kelompok iaitu 70 peratus rakyatnya menerima suntikan vaksin COVID-19.

Berikutan itu Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata pihaknya belum bersedia membincangkan tarikh sesuai mengadakan PRN Sarawak walaupun separuh iaitu 1.3 juta rakyat negeri berkenaan sudah divaksinasikan.

Abang Johari menegaskan apa yang paling penting sekarang ini adalah kerajaan negeri mahu memberi tumpuan terhadap usaha melengkapkan vaksinasi ke atas 2.08 juta rakyat yang layak.

Beliau menegaskan dengan lebih 50 peratus rakyatnya sudah menerima vaksin ketika ini, kerajaan negeri yakin sasaran melengkapkan program imunisasi di Sarawak dapat dicapai menjelang akhir Ogos nanti.

ABANG JOHARI menyatakan Sarawak fokus memberikan vaksinasi kepada rakyatnya terlebih dahulu berbanding PRN-12.

“Walaupun Sarawak mencatat jumlah proses vaksinasi harian tinggi dan sudah melepasi 50 peratus daripada populasi, kami belum memikirkan soal pilihan raya.

“Fokus lebih penting ialah program vaksinasi. Agenda paling utama kerajaan negeri sekarang ialah keselamatan rakyat,” katanya pada sidang media selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Jalan Masjid di Dewan Majma’ di Kuching, Sarawak, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas serta Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Untuk rekod Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak tamat penggalnya pada 7 Jun lalu, namun kekal berfungsi hingga 1 Ogos depan mengikut Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Berikutan itu, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak kekal sehingga DUN Sarawak dibubarkan mengikut Perkara 18(1) Perlembagaan Negeri Sarawak.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, sasaran melengkapkan vaksinasi menjelang penghujung Ogos boleh dicapai dengan penerimaan vaksin CanSino yang dijangka tiba pertengahan bulan ini.

“Sekarang Sarawak menerima tiga jenis vaksin iaitu Pfizer BioNTECH, Sinovac dan AstraZeneca.

“Jika vaksin CanSino tiba mengikut jadual, saya yakin proses vaksinasi akan dapat dipercepatkan kerana ia adalah dos tunggal dan sesuai dihantar ke kawasan pedalaman,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.