nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kelantan benar ibadah korban dengan SOP ketat

2 JULAI: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) memberi kebenaran kepada rakyatnya menjalani ibadah korban di pusat penyembelihan dan masjid di seluruh negeri dengan standard prosedur operasi (SOP) ketat.

Yang Dipertua MAIK, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata penyembelihan haiwan korban hendaklah dilaksanakan di rumah sembelih ruminan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di Kota Bharu, Machang dan Pasir Mas.

Katanya, proses sembelihan juga dibenarkan di masjid bandar, jajahan dan mukim dengan kelulusan MAIK.

“Bilangan petugas bagi sembelihan seekor ruminan besar (lembu atau kerbau) tidak melebihi 10 orang, manakala ruminan kecil (kambing atau bebiri) tidak melebihi lima orang.

“Peserta ibadah korban tidak dibenarkan hadir dan mereka hanya perlu mewakilkan kepada penganjur bagi menyempurnakan akad dan wakalah.

“Selain itu, kanak-kanak 15 tahun ke bawah, petugas berusia 70 tahun ke atas, pesakit berisiko tinggi dan kronik seperti strok, darah tinggi, obesiti, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain tidak dibenarkan hadir,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, individu dalam tempoh kuarantin COVID-19, yang mempunyai suhu badan 37.5 ke atas atau yang bergejala, tidak dibenarkan menyertai aktiviti dan perlu dirujuk kepada klinik kesihatan berdekatan.

Katanya, kebenaran itu berdasarkan hasil Mesyuarat Khas Mengenai Pelaksanaan Ibadat Korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) kelmarin.

Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Kementerian Kesihatan, Bahagian Kerajaan Tempatan Pejabat Kerajaan Negeri, JPV dan Polis Diraja Malaysia.

“Agihan daging korban oleh petugas dilakukan secara langsung kepada peserta dengan jumlah kehadiran dan masa ditentukan penganjur tertakluk kepada keluasan kawasan.

“Aktiviti korban persendirian atau keluarga, lokasi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan. Majlis atau jamuan selepas ibadah korban tidak dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, semua pihak mesti mematuhi garis panduan ibadah korban itu.

“Insya-Allah ini akan dapat mengurangkan risiko dan membendung penularan wabak COVID-19,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.