nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Guna sidang Parlimen untuk bantu rakyat – PN Johor

7 JULAI: Perikatan Nasional Negeri Johor (PN Johor) menyambut baik keputusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memanggil sidang Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bermula hujung bulan ini.

Ketua Penerangan PN Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, mesyuarat tersebut dilaksanakan bagi tujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

“Justeru, setiap Ahli Parlimen mestilah mengambil sikap menyahut pandangan Seri Paduka Baginda untuk memastikan kesejahteraan negara dan rakyat diutamakan, bukannya melaksanakan politik sempit untuk menjadikan Sidang Parlimen sebagai medan perbalahan dan percakaran.

KHAIRUL FAIZI

“Gunakan persidangan ini sebagai ruang dan peluang untuk membantu kerajaan meringankan kesusahan rakyat bukannya menyusahkan rakyat yang kini sebahagiannya terkesan dengan wabak COVID19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Faizi, sidang Parlimen itu dilaksanakan berdasarkan kepada Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan yang mana semua Proklamasi Darurat dan Ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

“Keputusan untuk melaksanakan Sidang Parlimen ini juga selari dengan pandangan yang telah dizahirkan oleh Seri Paduka Baginda bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dan SOP COVID-19 yang ditetapkan kerajaan dan Parlimen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan akan mengadakan sidang Parlimen itu pada 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini bagi Dewan Rakyat manakala persidangan Dewan Negara pula selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos ini.

Menurut Khairul Faizi, titah baginda sangat jelas yang mahukan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat yang telah dikeluarkan dapat dibentang di Parlimen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.