nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

UMMAH mahu Kit Siang dihukum sebab hina Islam

7 JULAI: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menuntut agar siasatan ke atas pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang tetap dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) walaupun permohonan maaf secara terbuka telah dilakukan. 

Setiausaha Agung UMMAH, Khalil Idham Lim Abdullah menegaskan ini kerana permohonan maaf dilakukan itu bukannya alasan untuk menghalalkan tindakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang jelas telah menyalahi undang-undang. 

“UMMAH sekali lagi menegaskan tulisan Kit Siang adalah satu penghinaan ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan. 

“Justeru, ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana mengembangkan permusuhan dan kebencian antara golongan penduduk yang berlainan agama di Malaysia.

KHALIL IDHAM

“Ini juga merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Kelmarin, selepas dikecam hebat di media sosial oleh warganet dan pemimpin politik serta laporan polis dibuat pelbagai pihak akhirnya pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam berikutan kenyataannya mengenai “Kerajaan Allah” dalam satu hantarannya di Facebook miliknya. 

Kit Siang juga mengaku bahawa beliau terkhilaf ketika membaca satu laporan media, dengan berpandangan ‘Kerajaan Allah’ yang disebut oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang merujuk kepada kerajaan Islam termasuklah kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang sering mendakwa mereka adalah “Kerajaan Melayu-Islam.

Dalam pada itu, Khalil menegaskan tindakan mempersendakan agama Islam oleh siapapun akan membangkitkan perasaan marah penganutnya.

“Perlu diingatkan permohonan maaf ini dilakukan dalam keadaan pelbagai pihak melahirkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap kenyataan yang begitu biadab dan menyentuh perasaan umat Islam di Malaysia,” katanya. 

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk  pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta oramg ramai mendesak Kit Siang memohon maaf kepada umat Islam dan menarik balik kenyataannya.

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya membuka kertas siasatan terhadap Kit Siang kerana didapati mengeluarkan kenyataan yang boleh menggugat ketenteraman dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.