nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

CUEPACS tempelak sikap biadap Ronnie Liu

7 JULAI: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menempelak tindakan biadap Ronnie Liu yang melakukan provokasi dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika hadir memberi sokongan kepada penceroboh tanah kerajaan di Raub, Isnin lalu.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat menegaskan pembuatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu bukan hanya memalukan, malah tidak menunjukkan keperibadian terpuji sebagai seorang wakil rakyat yang sepatutnya menjadi contoh dan teladan baik kepada masyarakat di negara ini.  

Adnan berkata tindakan itu hanya mencerminkan jati dirinya yang jelas melanggar prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung dalam Rukun Negara.

“Sekiranya tindakan beliau itu dilakukan hanya kerana mahu bermain politik, ia sepatutnya tidak melibatkan penjawat awam yang hanya mahu melaksanakan tugas dengan baik serta terkawal.

ADNAN

“Tindakan Ronnie mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap pegawai polis bertugas seperti “Pangkat apa? Balai mana? Apasal jahat sangat? Siapa You?” jelas menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang dan penjawat awam yang bertugas.

“Sepatutnya beliau tidak perlu bertanyakan pangkat dan di mana pegawai polis tersebut bertugas. Adakah Ronnie Liu hanya akan mendengar arahan daripada pegawai yang berpangkat tinggi sahaja?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Adnan juga mempersoalkan tindakan Ronnie yang sanggup merentas negeri ke Raub semata-mata untuk membela nasib peneroka tanah kerajaan secara haram.

“CUEPACS juga ingin mempersoalkan siapakah Ronnie dan apakah kepentingan beliau sehingga sanggup bertindak biadap sedemikian rupa. Sebagai ahli politik yang berpengalaman beliau sepatutnya lebih bijak mengawal emosi dan sedar akan kesan bagi setiap tindakan yang dilakukan,” tegasnya.

Dalam pada itu Adnan berkata, CUEPACS berharap agar semua pihak memberikan kerjasama yang baik dan tidak sesekali mengganggu tugasan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Tindakan yang sengaja membuat provokasi kepada penjawat awam patut diberikan tindakan yang tegas sebagai pengajaran kepada semua pihak apatah lagi jika melibatkan pemimpin masyarakat seperti ahli-ahli yang berhormat yang bertindak di luar norma kebiasaan dan ia suatu budaya yang tidak sihat dan memberi teladan yang kurang baik kepada masyarakat umum.

“Sedangkan peraturan dan undang-undang adalah merupakan pusat rujukan kita semua dalam menyelesaikan sebarang permasalahan,” katanya.

Selain itu, Adnan berkata CUEPACS mengucapkan tahniah kepada pegawai polis yang terbabit kerana bersikap profesional dan berjaya mengawal situasi walaupun menerima provokasi.

Katanya, CUEPACS sentiasa memberikan sokongan kepada penjawat awam bagi memastikan mereka melaksanakan tugas tanpa rasa gentar selagi mana ia tidak menyalahi peraturan dan undang-undang sedia ada.

“Malah, semua anggota masyarakat diharap dapat memberikan sokongan moral kepada penjawat awam yang berani untuk mempertahankan tanggujawab mereka walaupun kadangkala dicabar atau diherdik oleh sesetengah pihak yang tidak mahu memahami peranan dan fungsi penjawat awam dalam melaksanakan tugas,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.