nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penarikan Sokongan UMNO, Jangan Sampai Terbubar Parlimen

8 JULAI: Keputusan UMNO menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) diharapkan tidak menyebabkan berlakunya pembubaran Parlimen. 

Pakar Perlembagaan dan Undang-Undang, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ini kerana tindakan tersebut membawa kepada risiko Pilihan Raya Umum (PRU) dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran berlaku.

Menurut beliau, situasi wabak COVID-19 yang melanda negara kini perlu diambil kira sebelum sesuatu tindakan diambil bagi memastikan wujud kestabilan politik.

“Ini juga bagi membolehkan negara memberikan fokus kepada usaha pemulihan dalam mendepani wabak pandemik.

“Situasi semasa negara yang berada dalam tempoh darurat boleh dimanfaatkan untuk mengelakkan berlaku PRU terlalu awal,” katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

MUHAMMAD FATHI

Dalam pada itu, Muhammad Fathi memaklumkan dalam situasi biasa, krisis politik begini boleh dirungkaikan melalui pilihan raya bagi membolehkan rakyat menubuhkan kerajaan baharu, 

“Ini sebagaimana yang pernah berlaku di Sabah akhir tahun 2020 yang lalu namun Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menyebabkan berlaku lonjakan besar kes COVID-19. 

“PRU wajar dilaksanakan selepas negara melepasi Fasa ke-4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), atau sekurang-kurangnya selepas Fasa ke-3 bagi memastikan negara dapat mengurangkan risiko meningkatan kes di luar kawalan akibat kempen pilihan raya yang dilakukan,” katanya. 

Sementara itu, mengulas berkenaan penarikan UMNO dari Kerajaan, beliau menegaskan kesemua mereka yang mempunyai jawatan dalam kerajaan perlu meletakkan jawatan. 

Namun, beliau menasihatkan, buat masa ini, kerajaan dan ahli-ahli politik perlu mengambil langkah berhati-hati agar sebarang kemelut politik dapat dirungkaikan dengan tenang, bijak dan selamat.

“Jika pembatalan sokongan hanya melibatkan sebahagian sahaja, maka perlu ditentukan adakah jumlah yang membatalkan sokongan itu cukup untuk menjadikan Perdana Menteri hilang sokongan majoriti.

“Dalam situasi politik yang serba tidak menentu ini, perlu juga dilihat kemungkinan ahli-ahli Parlimen yang dahulunya berada di blok pembangkang, tetapi kini ingin beralih memberikan sokongan kepada Perdana Menteri,” katanya. 

Oleh yang demikian, Muhammad Fathi menjelaskan kaedah yang paling tepat ialah dengan mengadakan satu usul dan undian khas bagi mengukur tahap sokongan Perdana Menteri sedia ada dalam Mesyuarat Khas Parlimen bermula 26 Julai nanti. 

“Dalam satu-satu masa, perlu ada kerajaan yang mentadbir. Jika seorang Perdana Menteri hilang sokongan, penggantinya perlu segera dilantik. Pengganti berkenaan perlulah mendapat sokongan majoriti anggota Dewan Rakyat. 

“Buat masa ini belum nampak seorang tokoh yang benar-benar memenuhi kriteria berkenaan. Walau bagaimanapun, terpulang kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan berkenaan soal ini kerana pelantikan Perdana Menteri di bawah Perkara 43(2)(a) adalah termasuk dalam kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.